‘PUBLIC FIGURE’ TIDAK MEMAHAMI PERBATASAN UNDANG-UNDANG DAN SENSITIVITI AGAMA TIDAK SESUAI MEMIMPIN NEGARA


Isu penyebaran agama lain dalam kalangan umat Islam di Malaysia perlu dipandang serius serta memerlukan tindakan drastik dari pihak berkuasa kerana kegagalan membendung gejala ini akan menjejaskan keharmonian beragama dalam negara. 

Tidak kira dalam apa jua bentuk penyebaran yang digunakan oleh misionari Kristianisasi tersebut sama ada secara halus atau terang, perlu mengambil tahu dan memahami bahawa negara ini mempunyai peruntukan tertinggi di bawah Perlembagaan Perkara 11(4). Peruntukan ini melarang individu bukan Islam menyebarkan apa-apa bentuk ajaran selain daripada Islam kepada individu Muslim tetapi larangan yang sama tidak wujud kepada individu Islam untuk menyebar dan mengajar agamanya kepada orang lain.

Berikutan kekalahan Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh dalam sebuah kes yang melibatkan isu sensitiviti iaitu ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, jelas sebagai cubaan secara halus untuk merosakkan Islam dan negara serta meletakkan kepentingan peribadinya di atas kepentingan negara. Sedangkan posisi beliau sebagai menteri seharusnya lebih memahami perbatasan undang-undang negara, namun tindakannya dalam penulisan buku bertajuk ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ itu secara signifikannya cuba menggunakan kuasanya sebagai platform menyebarkan agenda dan ideologi Kristianisasi kepada umat Islam di negara ini.

Sekiranya golongan seperti ini mahu menyebarkan agama, lebih baik mereka menumpukan usaha kepada kaum tersendiri dahulu kerana realitinya mereka semakin hari semakin mengabaikan agama sendiri dan akhirnya menjadi ateis. 

Kesimpulannya, prinsip asas Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi identiti negara dan pegangan masyarakat Peribumi wajib dihormati semua pihak. Inilah hakikat yang perlu diterimapakai oleh setiap warganegara Malaysia. Pengabaian terhadapnya kelak bakal mencetuskan ancaman keselamatan dalam persekitan sosial masyarakat yang pelbagai. 

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – DIS 2024 dan themerdekatimes.com


 

Comments