RAMALAN TILIK ONLINE : BAHANA SYIRIK MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN IMAN

 


Zaman moden hari ini sudah semakin maju apabila segelintir daripada kita memilih untuk mencari rezeki menerusi perniagaan atas talian. Dengan cara ini, masa boleh dibahagikan mengikut kesesuaian dan ketetapan diri kita sendiri. 

Namun apa yang menyedihkan, terdapat segolongan manusia yang sanggup "menjual" syirik atas talian dan masyarakat pula mempercayainya. Seperti laporan daripada portal Sinar Harian bertarikh 18 Disember 2024 di mana sepasang kekasih songsang (pengkid) ditahan ketika sedang melakukan tilik nasib di platform TikTok. 

Seperti yang kita semua tahu syirik itu adalah perbuatan yang menduakan keesaan Allah SWT dengan mempercayai selain daripada kekuasaan Allah SWT dapat membantu menyampaikan hajat kita. Firman Allah SWT: 

"Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain daripada dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (QS An - Nisa': 48). 

Jelas di sini terdapat dua perkara yang sudah dilanggar dalam agama. Pertama, syirik dan yang kedua, hubungan songsang. Dosa yang berganda. Sabda Rasulullah SAW: 

Empat jenis manusia dimurkai Allah pada waktu pagi dan dikutuk Allah pada waktu petang." Aku bertanya: 'Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?' Baginda menjawab: 'Orang lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang melepaskan nafsu pada binatang dan orang yang datang kepada lelaki (homoseksual).'" ( HR Baihaqi). 

Ingatlah, syirik itu haram dan boleh merosakkan iman serta akidah. Bergantunglah kepada Allah SWT semata - mata kerana Dia yang Maha Berkuasa menjadikan segala - galanya di atas muka bumi ini. Jangan sesekali terperdaya dengan ramalan atau tilik nasib kerana itu semuanya satu penipuan dan tipu helah syaitan. 

Sumber: Kolum Berita Harian (21 November 2014)


Comments