Sambutan ambang tahun 2025 hanya tinggal tidak sampai 24 jam. Namun, adakah kita berfikir apakah matlamat kita pada tahun hadapan? Bukan cara bagaimana kita mahu menyambutnya tetapi tentang apa yang kita mahu jadi untuk tahun seterusnya. Adakah kita mahu kekal dengan diri kita yang lama atau menjadi seorang menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan positif?
Berikut merupakan cara untuk kita menjadi seorang Muslim yang positif:
1) Tetapkan niat dan objektif.
2) Menilai apa sahaja yang dilihat, didengar dan dibaca. Apa yang kita lihat dan dengar adalah tanggungjawab kita sendiri. Lihat, baca dan dengar perkara yang baik dan positif sahaja.
3) Memperbaiki solat. Bersujud kepada Allah SWT akan membantu anda fokus kepada diri anda dan redha Allah SWT. Lebih banyak kita solat dan sujud, lebih baik minda kita untuk fokus.
4) Membaca dan bertadabbur al – Quran.
5) Berkawan dengan individu yang baik. Rapatkan diri dengan orang-orang yang hebat. Orang yang menjaga solat, yang berakhlak mulia atau orang berilmu. Orang yang baik ialah yang dapat memberi nasihat yang benar dan memberi motivasi kepada kita untuk kekal menjadi lebih baik.
6) Menjaga kesihatan. Makanlah makanan yang berkhasiat dan halal. Makan secara sederhana dan berjadual.
7) Memperbanyakkan zikir, selawat dan doa. Firman Allah SWT:
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia." (QS Ar – Ra’d: 28).
Justeru, marilah kita membina diri kita ke arah Muslim sejati yang lebih positif dan selalu bermohon agar kita sentiasa mendapat bimbingan dan perlindungan Allah SWT. Jadikan ini sebagai azam baru 2025 dan persiapkanlah diri agar kita mampu menghadapi segalanya dengan baik, kerana tiada yang mampu terlepas daripada pandanganNya.
Sumber: Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS)
Comments
Post a Comment