TERPEDAYA DENGAN KONSPIRASI YAHUDI MEROSAKKAN AKIDAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM

 


Nabi Muhammad SAW mengkhabarkan bahawa di akhir zaman kelak akan muncul pelbagai fitnah, termasuk konspirasi daripada musuh Islam dan juga banyak datang daripada umat Islam sendiri. Contohnya fitnah yang berlaku disebabkan pertelingkahan, huru-hara dan peperangan sesama sendiri. Disebabkan fitnah juga boleh menyebabkan keruntuhan akidah, maksiat berleluasa dan orang mudah menggadaikan agama demi sedikit habuan dunia.

Berwaspada dalam menghadapi situasi akhir zaman adalah tindakan yang tepat. Tidak dinafikan wujudnya konspirasi musuh untuk merosakkan dan menghancurkan Islam. Namun, terlalu taksub kepada sesuatu teori sehingga terbawa dalam mimpi dan mengaitkan apa sahaja yang berlaku dengan Yahudi atau Barat bukanlah satu tindakan yang bijak.

Justeru itu, jangan terlalu terpesona dengan teori konspirasi sehingga mengangkat dan ‘mengagungkan’ bangsa Yahudi atau Barat tanpa kita sedari. Seolah-olah mereka perancang dan segalanya dan berjaya menguasai dunia. Hakikatnya, Allah SWT, Tuhan semesta alam yang lebih berkuasa dan mengatur segalanya. Renung-renungkan.

Sumber: Institut Kajian Hadis & Akidah – Universiti Islam Antarabangsa Selangor


Comments