TIDAK MENJAGA KETAUHIDAN KEPADA ALLAH SWT PUNCA RUNTUH AGAMA, ROSAK MASYARAKAT, REBAH BANGSA DAN SESAT MANUSIA
Humanisme adalah satu agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Pemikiran ini membawa satu gerakan berpaksikan nilai kemanusiaan bertentangan dengan ajaran dalam agama Islam. Fahaman ini menjadi induk kepada kelahiran kefahaman pemikiran lain seperti liberalisme yang akhirnya menjadi satu agenda penjajahan Barat ke atas dunia Islam dengan tujuan untuk menguasai dunia seluruhnya.
Zaman kini memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa misi penjajahan Barat iaitu melalui minda (liberalisme) kini semakin berjaya meluaskan pengaruh dalam kalangan umat Islam. Dalam konteks ini, golongan yang terpengaruh dengan fahaman liberal terdiri daripada individu-individu yang skeptikal terhadap ajaran Islam sebagai jalan penyelesaian pada permasalahan dunia.
Keraguan golongan ini bertitik tolak daripada penilaian sempit mereka mengenai tahap kualiti umat Islam yang pada tanggapan mereka masih rendah serta permasalahan sosial seperti kemiskinan, pengangguran, jenayah, konflik, perpecahan serta perbezaan berdasarkan agama dan bangsa yang masih berleluasa.
Justeru itu, ketauhidan kepada Allah SWT adalah tonggak pegangan hidup umat Islam. Sekiranya seseorang itu tidak kiralah sama ada ulama, masyarakat Islam mahupun individu Muslim gagal mempertahankan dan menegakkan akidah tauhid dalam diri dan kehidupan yang mereka tadbir, maka akan runtuhlah agama, rosaklah masyarakat, rebahlah bangsa serta sesatlah manusia. Renung-renungkan.
Sumber: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Vol.11(1) – Universiti Sultan Zainal Abidin
Comments
Post a Comment