AWAS!!! SERANGAN PEMIKIRAN TERHADAP UMAT ISLAM DI MALAYSIA ADALAH PROVOKASI YANG DISENGAJAKAN PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN
Penghinaan terhadap Islam merupakan salah satu bentuk serangan pemikiran terhadap umat Islam. Mungkin ada yang berfikir ini adalah zaman peperangan media yang perlu dipersiapkan kelengkapannya. Sebenarnya, ia merupakan suatu peperangan pemikiran manakala media sosial hanyalah alat dan mediumnya.
Semenjak pesatnya penggunaan media sosial, satu demi satu sensitiviti terhadap Islam dibangkitkan pembenci Islam dengan kata-kata, gambar dan video yang dimuat naik tanpa batasan. Ia bagaikan suatu tindakan yang disengajakan dan tidak menolak kemungkinan adalah hasil dari perancangan rapi untuk mewujudkan provokasi dan serangan yang bertali arus terhadap Islam khususnya umat Islam di Malaysia.
Perkara ini secara tidak langsung menggambarkan kelemahan umat Islam dari sudut politik dan perundangan sehingga tidak mampu menghalang dan bertindak ke atas mereka. Dalam hal ini, ketegasan dan kewibawaan para pemimpin Islam sangat diperlukan untuk mempertahankan Islam apabila berlaku isu-isu sebegini. Begitu juga dengan kecukupan aspek perundangan untuk memastikan pelakunya tidak terlepas dari tindakan.
Sekiranya tidak dibendung, perbuatan menghina Islam ini boleh membangkitkan kemarahan dan menaikkan semangat individu dan keseluruhan penganut agama untuk mempertahankannya. Fenomena ini boleh mencetuskan fitnah yang besar dalam masyarakat seterusnya memungkinkan berlakunya ancaman kesejahteraan dan keharmonian antara kaum di Malaysia yang bersifat pluralisme.
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment