MENGHALAU WARGA PALESTIN KE JORDAN DAN MESIR AGENDA HALUS GOLONGAN KAFIR MELAKUKAN PEMBERSIHAN ETNIK UMAT ISLAM


Perang Israel ke atas Palestin telah bermula sejak tahun 1948 di mana pembersihan etnik telah berlaku secara besar-besaran, kampung-kampung dibakar dengan sengaja dan kebanyakan populasi peribumi Palestin telah dihalau ke luar tanah air sendiri menjadi pelarian. Sejak dari itu, Israel tidak pernah berhenti dari percubaannya untuk membersihkan Palestin dari kaum Arab, membunuh mereka dan juga merampas tanah-tanah mereka.

Meskipun Israel begitu yakin dengan kekuatan ketenteraan atas sokongan bersama ketenteraan Amerika Syarikat, namun bangsa Palestin tidak pernah mengenal erti takut dan tidak pernah menyerah kalah walau telah ditindas sekian lama di negara sendiri. 7 OKTOBER 2023 menjadi titik-tolak serang balas besar-besaran yang dilancarkan pejuang pembebasan Palestin dari pergerakan Hamas melalui operasi ‘Taufan al-Aqsa’, memperlihatkan Israel bukanlah kuasa yang hebat seperti disangka apabila ramai anggota tenteranya yang terbunuh dan ditangkap menjadi tawanan perang oleh Hamas. 

Perkembangan semasa setakat artikel ini ditulis, telah termeterainya perjanjian genjatan senjata tiga fasa bermula pada 19 JANUARI 2025 yang merangkumi pertukaran tahanan dan keamanan yang berterusan bertujuan mencapai gencatan senjata secara kekal serta pengunduran tentera Israel dari Gaza. Namun demikian, baru sahaja hendak bermula genjatan senjata, Donald Trump yang baru sahaja lima hari dilantik semula sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 JANUARI 2025 telah menyuarakan rancangannya supaya Jordan dan Egypt mengambil peranan aktif untuk menerima masuk warga Palestin kononnya atas alasan konflik yang berlaku di tanah air mereka.

Sedangkan tindakan tersebut sebenarnya adalah cubaan untuk melakukan pembersihan etnik secara halus terutamanya terhadap umat Islam. Berlainan yang berlaku seperti di Myanmar (Etnik Rohingya) dan China (Etnik Uighur) yang mempunyai populasi minoriti, meskipun kejadian tersebut memberi kesan yang mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia, namun impaknya tidak sebesar di Palestin yang majoriti warganegaranya dihalau keluar dan dirampas bumi kelahirannya oleh bangsa yang hina.

Justeru itu, sedarlah umat Islam dengan rancangan halus golongan kafir ini untuk menghapuskan umat Islam di dunia. Pelbagai agenda dimanipulasikan demi mendapatkan sokongan dunia demi membenarkan tindakan serangan genosid terhadap warga Palestin sehinggakan negara Arab sendiri sudah mula menunjukkan bibit-bibit menyokong Israel sebagaimana idolanya Amerika Syarikat. Kuatkan akidah demi menjaga martabat agama Islam. Itulah sekecil-kecil jihad yang boleh dilakukan oleh umat Islam tanpa batasan. Renung-renungkan   

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- FEB 2025, Intellectual Discourse Journal, Vol.28(2)-Universiti Islam Antarabangsa dan Kajian Hubungan Antarabangsa-

Comments