SINKRITISME AJARAN ‘THE AHMADI RELIGION PEACE AND LIGHT’ DENGAN AGAMA LAIN JELAS TERPESONG DAN DIPUTUSKAN SESAT
Ajaran sesat ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ bukanlah ajaran sesat yang baru muncul di Malaysia. Ajaran ini yang mempunyai kitab suci mereka tersendiri iaitu ‘The Goal of The Wise: The Gospel of The Riser of The Family of Muhammad’ dan ‘Saying of Imam Ahmed al-Hassan’ mula menarik perhatian masyarakat tatkala viral mempunyai pengikut seramai 30,000 orang ketika penstriman langsung di platform ‘tiktok’ pada awal tahun 2024 yang lalu.
Ajaran sesat Ahmadi ini amat jelas bertentangan dengan agama Islam kerana ia merupakan sinkritisme yang mencampur-adukkan fahaman daripada aliran pemikiran dan agama yang pelbagai sehingga mewujudkan satu bentuk agama baru. Golongan ini dianggap sesat kerana:
i. Ketua ajaran mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi;
ii. Patuh pada pendeta (bishop) iaitu wakil ketua di setiap negara;
iii. Mempunyai pegangan sama dengan fahaman Syiah iaitu menggunapakai konsep Imamah;
iv. Menyatakan sokongan terhadap LGBT; dsb.
Golongan yang mengamal dan menyebar fahaman ini dianggap telah terpesong daripada agama Islam selaras dengan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang memutuskan ajaran ini adalah sesat dan menyeleweng dari hukum syarak.
Seseorang muslim yang mempunyai keimanan yang kuat dan pengetahuan agama yang cukup sudah tentu tidak akan terpedaya dengan dakyah dan dakwaan palsu ajaran tersebut. Namun begitu, haruslah tetap berwaspada agar tidak ditipu dan dikelirukan dengan cara mereka memanipulasikan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW dengan kefahaman yang sengaja diselewengkan bagi membenarkan dakwaan mereka. Sebaliknya tetaplah berpegang teguh pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sumber: Persidangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
Comments
Post a Comment