Gerakan ajaran sesat di Malaysia membawa definisi fahaman bertentangan daripada ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam diingatkan supaya menghindari apa juga bentuk ajaran salah atau sesat dengan berpegang teguh kepada akidah yang benar.
Sebagai masyarakat yang mempunyai pendidikan agama, tidak boleh membiarkan diri terperangkap dalam jaringan ajaran sesat dengan perlu merujuk kepada ahli agama bertauliah dan berautoriti sekiranya terdapat sebarang kekeliruan. Dibimbangi jika terkeliru boleh mempengaruhi pemikiran serta tingkah laku seseorang itu selain berisiko membawa kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan kejadian sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Kuala Lumpur, ianya mengundang spekulasi pelbagai di dalam masyarakat berkaitan perlakuan dan amalan yang tidak jelas ketika melawat kawasan perkuburan tersebut. Perbuatan berzikir dengan kuat di pusara sahaja mencemarkan adab di tanah perkuburan, malah boleh menjurus kepada amalan bidaah.
Justeru itu, umat Islam diingatkan agar menghindari apa jua bentuk ajaran salah atau sesat dan hanya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pada masa yang sama, sebarang spekulasi janganlah disebarkan semborono kerana ianya boleh membawa kepada kegusaran dan ketidakharmonian dalam masyarakat.
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Sinar Harian
Comments
Post a Comment