BERSIKAP SEDERHANA DALAM MENUNTUT SYARIAT ISLAM ELAK TINDAKAN EKSTREMISME


Ancaman ideologi ekstrem yang sering dikaitkan dengan ajaran Islam merupakan sesuatu yang nyata melanda umat Islam pada hari ini. Oleh yang demikian, negara-negara yang menghadapi ancaman ekstremisme ini perlu mengambil langkah proaktif bagi membendung ancaman ini daripada berterusan melalui program pemulihan.

Program pemulihan ekstremisme yang terkenal dan diakui keberkesanannya pada masa kini adalah program di Arab Saudi, Singapura dan Malaysia. Ia dalam dua bentuk utama iaitu de-radikalisme (proses memisahkan seseorang sama ada secara sukarela atau paksaan daripada ideologi radikal) dan ‘disengagement’ (proses memisahkan dan menjauhkan seseorang ekstremis daripada kumpulannya, walaupun tanpa mengubah ideologi ekstremnya.

Pada dasarnya model pemulihan ekstremisme di tiga buah negara ini menerima pakai pendekatan ‘hard’ (kuasa kekerasan) dan ‘soft’ (kuasa pujukan) untuk menangani ancaman ekstremisme. Oleh itu, program pemulihan ini menuntut pihak bertanggungjawab untuk:
i. Mengesan, mengintip dan membuat tangkapan;
ii. Mengetahui ideologi ajaran dan sumber dapatan ideologi ekstrem;
iii. Menjalankan proses ‘pemulihan ekstremisme’ semasa dalam tahanan;
iv. Sokongan kepada ahli keluarga ekstremis;
v. Membebaskan tetapi tetap berada dalam pemantauan;
vi. Bantuan penggunaan media sosial atau berkaitan siber sebagai bahan sokongan untuk mendedahkan kelemahan ideologi dan kumpulan ekstremis.

Kesimpulannya, Islam amat menggalakkan umatnya untuk menuntut syariat sebagaimana termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah, namun amalan yang dilakukan perlulah sentiasa bersederhana iaitu tidak terlalu ekstrem dan tidak diambil mudah. Kelak kelakuan yang melampau dalam agama boleh mencalarkan imej umat Islam dan agama Islam itu sendiri.  Renung-renungkan.

Sumber:  Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya


 

Comments