BULAN RAMADAN 1446 HIJRAH: ADAKAH KITA SEMUA SUDAH BERSEDIA?


Tinggal lagi beberapa hari sahaja kita bakal menuju ke bulan Ramadan, bulan mulia dan bulan keampunan. Adakah kita semua sudah bersedia? Antara doa yang tidak lekang di bibir Nabi SAW dan diajarkan kepada kita ialah:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah (berkatilah) kami pada bulan Ramadan."

Apabila bulan Ramadan tiba, pastinya kita mula memikirkan persediaan yang dilakukan dan amalan yang memperbanyakkan pahala. Setiap kali menjelang bulan mulia ini, umat Islam pasti mahu menjadi lebih baik dari tahun sebelumnya, supaya kita boleh memasuki bulan Ramadan dengan lebih tenang, yang membawa kita lebih dekat kepada Allah SWT. Perkara utama untuk diingat adalah kita semua perlu bermula dengan istiqomah, dengan harapan kita boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Berikut adalah persiapan yang boleh kita lakukan agar kita dapat merasakan bulan istimewa ini lebih diberkati:

1) Bertaubat. Ramai yang mengabaikan bertaubat, kerana sering berfikir hanya bertaubat sekiranya melakukan kesalahan yang besar dan betul – betul disesali. Sebaliknya taubat sepatutnya diamalkan secara konsisten agar kita sentiasa ingat akan kesalahan dan bagi memperkuatkan ibadah kita.

2) Meningkatkan kualiti ibadah. Sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan kita dalam melaksanakan ibadah agar lebih khusyuk. Sabda Rasulullah SAW:


"Apabila kamu mendirikan solat, maka janganlah hati kamu berpaling (dari Allah). Sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada wajah hambanya selagi hambanya tidak berpaling." (HR At – Tirmidzi).

3) Melakukan ibadah tambahan. Ibadah tambahan dilakukan untuk mengisi masa terluang dan menghindarkan diri dari melakukan perkara yang tidak berfaedah. Antara amalan yang boleh dilakukan:

- Baca al – Quran.

- Lebih melakukan solat sunat dan berzikir.


4) Kawal perbuatan dan elak melakukan perkara negatif. 

5) Jangan membazir. 


6) Memastikan waktu tidur yang cukup. Ini perlu dalam memudahkan kita untuk bangun sahur.

7) Memastikan kesihatan yang baik. 

8) Tetapkan matlamat. Ramadan adalah peluang yang baik untuk menjadi umat Islam yang lebih baik dan kerana itu kita harus menetapkan hati kita untuk mencapai matlamat yang ingin kita kecapi.


Oleh itu, mari kita sama – sama merancang agenda persiapan dan aktiviti ibadah kita sebelum dan sepanjang Ramadan supaya kita dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa kita di bulan yang mulia ini. 

Sumber: Facebook Dr. Ahmad Sanusi

Comments