Ajaran Syiah di Malaysia mula meresap masuk melalui kampus-kampus universiti utama sekitar awal tahun 1980an. Setelah kedutaan Iran dibuka, beberapa orang pensyarah dan individu-individu tertentu termasuklah ahli politik di bawa ke Iran untuk ‘disyiahkan’.
Keadaan bertambah buruk apabila sebahagian buku-buku yang penuh dengan ‘penentangan’ terhadap sahabat di bawa masuk ke dalam negara. Ketika itu juga, pelajar-pelajar dihantar menyambung pengajian secara percuma ke Iran. Ramailah yang terpengaruh, lalu menukar pegangan kepada Syiah. Wahai umat Islam! Cuba fikirkan, jika benar Syiah hanya satu mazhab, perlukah seseorang menukar mazhabnya daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) kepada Syiah?
Sekiranya kumpulan Syiah tersebut tidak menolak sahabat, maka mereka masih lagi Islam seperti Syiah Zaidiah, tetapi sekiranya mereka menolak sahabat, maka mereka telah terpesong daripada ajaran seperti difatwakan oleh para ulama. Syiah juga tidak boleh diterima sebagai satu mazhab yang sependapat dengan Imam al-Bukhari, Imam Malik, Imam Ahmad, Syeikhul Islam, Ahmad bin Yunus dan lain-lain sekiranya neraca pertimbangan terus menolak para sahabat.
Justeru itu, fikirkanlah nasib generasi anak-anak muda di masa hadapan kerana jika tidak dibendung ajaran sesat Syiah ini, ianya boleh merosakkan sistem sosial masyarakat Islam di negara kita. Membenarkan ajaran Syiah seolah-olah membenarkan ‘pencerobohan’ terhadap sumber ajaran Islam iaitu al-Quran dan Sunnah.
Sumber: Yayasan Amal Malaysia
Comments
Post a Comment