PEMELIHARAAN NILAI-NILAI ISLAM DAPAT MENJAMIN KETAMADUNAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DARI PENGARUH LIBERALISME


Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam. Ini adalah satu daripada aspek yang perlu terus dijulang sehingga hari ini. 

Oleh sebab itu, umat Islam diseru untuk mengatasi kejahilan dengan pengetahuan, untuk beralih dari kegelapan kepada cahaya dan seumpamanya. Dengan ini, masa depan Islam pasti terjamin dengan adanya penguasaan menyeluruh terhadap nilai-nilai ketamadunan yang berteraskan keadilan, budaya, kebebasan, moral dan kemajuan masyarakat. 

Justeru itu, jauhilah fahaman-fahaman yang boleh mengganggu-gugat pemikiran dan pegangan akidah sebagai seorang Muslim seperti mana fahaman liberal yang cuba diadaptasi dalam ajaran Islam sehingga mereka menamakan fahaman tersebut sebagai Islam liberal. Disebabkan penjenamaan atas nama Islam, akibatnya ramai umat Islam tepesong dengan ideologinya.

Hakikatnya, fahaman Islam liberal itu adalah sesat dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan langsung tidak terkait dengan Islam kerana asas ideologinya yang cuba menyemak semula ayat-ayat al-Quran dan hadis ternyata telah terpesong jauh dari ajaran Islam sebenar. Waspadalah!!!

Sumber: Bernama- 27 JAN 2025 dan Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –JAN 2025


 

Comments