PERPECAHAN SYIAH PELBAGAI KELOMPOK TANDA TIADA KESERAGAMAN PEGANGAN IDEOLOGINYA


Fahaman Syiah telah ditafsirkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai fahaman yang merbahaya dan tidak berdiri di atas landasan agama Islam yang sebenar seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan empat mazhab muktabar.

Fahaman Syiah di dunia hari ini mempunya tiga kelompok yang besar. Mereka terpecah kepada pelbagai kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar iaitu:
1. Syiah Mufaddholah
- gemar dengan puji-pujian yang berlebihan terhadap ahlul bait
- tidak mengkafirkan sahabat Nabi SAW
- mengiktiraf Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai khalifah tetapi Ali tetap lebih mulia
- terkenal juga dengan nama Syiah Zaidiyyah

2. Syiah Rafidah
- kelompok Syiah majoriti di dunia
- tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW
- turut dikenali dengan nama Imamiyah Itsna Asyariah (Imam 12) dan Jaafariah
- menganggap al-Quran banyak kesalahan dan tidak boleh dipakai
- mengamalkan akidah taqiyyah (berbohong atau berpura-pura)
- mempercayai Imam Mahdi adalah dikalangan imam mereka yang terakhir dan menunggu di Gua Sardab

3. Syiah Batiniyyah 
- menganggap ibadah solat, haji dan lain-lain hanya simbolik semata-mata
- beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib
- turut dikenali dengan nama Syiah Nushairiyah, Duruz dan Ismailiyah
- menyembah gambar imam mereka kerana telah mengangkat imamnya setaraf Tuhan

Di Malaysia, semua fahaman Syiah telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Syiah adalah ideologi yang hidup atas nostalgia lampau. Mereka lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain adalah keras kepala. Ahli Sunnah sederhana dalam segala hal. Mereka yang melampau ditolak. Mereka yang tersasul dibetulkan. Mereka yang terikut-ikut, dikeluarkan dari taklid buta. Mereka yang sengaja berdusta ditentang. Mereka yang berijtihad melebihkan Ali mengatasi para sahabat yang lain tanpa mengkafirkan, itu adalah aliran yang wujud sejak zaman salaf lagi. Mereka yang berpakat dengan musuh menghalalkan darah kaum muslimin, adalah musuh umat ini. Renung-renungkan.

Sumber: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


 

Comments