PROJEK PEMBANGUNAN BANDAR WAKAF MALAYSIA DI G4Z4 TANDA SOLIDARITI TIDAK PERNAH BERAKHIR


Seperti yang semua maklum bahawa Malaysia akan menjadi negara ASEAN pertama yang bakal membangunkan bandar wakaf Malaysia di G@z@. Projek yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat P@l3st!n. 

Projek berimpak tinggi membabitkan kos RM120 juta ini berada di bawah naungan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaras dengan komitmen beliau sebagai peneraju ASEAN dalam memperjuangkan solidariti dan pembelaan terhadap rakyat P@l3st!n. Ini bukanlah sekadar inisiatif bantuan, tetapi model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi P@l3st!n yang boleh dijadikan contoh di peringkat global. Ini adalah himpunan hati dan solidariti Malaysia merangkumi semua bangsa dan agama yang menjayakan untuk bina semula G@z@. 

Dengan pembinaan projek ini, ia menandakan usaha Malaysia tidak pernah berhenti dalam solidariti kepada rakyat P@l3st!n. Sejak dahulu lagi, Malaysia menjadi peneraju dalam memperjuangkan nasib saudara seagama kita di sana. Malah ia tidak pernah berhenti malah makin giat dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat P@l3st!n untuk meneruskan kehidupan mereka. Menjadi keutamaan kepada seorang Muslim untuk meringankan beban kesulitan yang dialami oleh Muslim yang lain. Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (HR Muslim).

Terima kasih Malaysia! Kerana terus membuktikan keprihatinan terhadap bumi P@l3st!n.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


 

Comments