Malam Nisfu Syaaban baru sahaja berlalu menandakan umat Islam semakin hampir dengan bulan mulia, bulan Ramadan. Namun, bukan bulan Ramadan sahaja bulan yang istimewa, malah Syaaban juga ada keistimewaannya tersendiri iaitu dengan berlakunya peristiwa-peristiwa penting yang wajar diingati dan direnungkan ‘ibrahnya’ (pengajaran) dan hikmah.
Antara peristiwa-peristiwa penting tersebut adalah:
1. Kiblat dipindahkan dari Baitulmaqdis ke Kaabah;
2. Turunnya ayat untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW;
3. Ketetapan wajb berpuasa di bulan Ramadan;
4. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saidatina Hafsah binti Umar;
5. Perang Badar kedua (as-Sughra);
6. Peristiwa al-Ifki (fitnah terhadap Saidina Aisyah r.a)
7. Peristiwa Nahrawan (perpecahan pengikut Saidina Ali kepada dua kelompok iaitu Syiah dan Khawarij);
8. Perampasan Baitul Maqdis.
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan, terdapat banyak lagi peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Syaaban ini termasuklah kewafatan Ummu Kalthum iaitu puteri Rasulullah SAW dan kewafatan salah seorang isteri Baginda SAW yang bernama Hafsah binti Umar Ibn Khatab ra.
Berasaskan peristiwa-peristiwa tersebut, semoga umat Islam dapat mengambil ‘ibrah’ dan hikmah daripada setiap peristiwa yang berlaku dalam bulan Syaaban ini. Salah satunya adalah dengan memperbaiki diri dan peribadi dengan melakukan kebaikan yang membawa manfaat kepada diri dan ummah selain memperbanyakkan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Sumber: zayan.syok
Comments
Post a Comment