Masyarakat Melayu-Islam seharusnya berwaspada terhadap kewujudan Melayu-Kristian yang hidup seperti Muslim dan menyembunyikan kepercayaan mereka. Golongan seperti ini tidak menyimpan tanda salib di rumah dan tidak melakukan upacara keagamaan di depan orang lain.
Tambahan lagi, rutin sosialnya tidak ditinggalkan. Mereka tetap melakukan ibadah Muslimseperti biasa umpama berpuasa, menunaikan solat di masjid dan tidak mempamerkan sebarang bahan bacaan yang menjurus ke arah agama Kristian sama ada di rumah mereka mahupun di tempat umum.
Golongan ini dipanggil sebagai gerakan dalaman (insider movement). Sekiranya tidak dibendung, ianya boleh mengakibatkan populasi penganut Kristian di Malaysia meningkat dan seterusnya melebihi populasi umat Islam. Hal seumpama ini telah terjadi di Nigeria yang mempunyai populasi masyarakat Islam lebih banyak dari agama lain. Pada tahun 2010, akibat ‘insider movement’, penganut Kristian mewakili 21.4% telah berkembang biak kepada 49.3% melebihi populasi Muslim di negara itu yang membentuk 48.8%.
Bolehkah perkara ini berlaku di Malaysia? Ianya tidak mustahil sekiranya tidak ada langlah-langkah pembendungan khususnya terhadap golongan ‘insider movement’. Mereka ibarat gunting dalam lipatan yang bila-bila masa sahaja boleh ‘membuka topeng’ ‘menikam’ umat Islam. Justeru itu, berhati-hatilah dalam menerima sebarang ideologi daripada orang yang tidak selayaknya, kerana khuatir akidah terganggu sehingga tidak sedar termasuk dalam golongan ‘insider movement’.
Sumber: akarimomar.wordpress.com
Comments
Post a Comment