ADAKAH ‘MISSION FRONTIER’ MASIH MENJALANKAN MISI KRISTIANISASI DI MALAYSIA?


Tidak dinafikan gerakan memurtadkan umat Islam khususnya di Malaysia tidak pernah lenyap, malah makin membimbangkan. Pernah pada tahun 2000an dahulu, terdapat strategi terancang gerakan terbabit dikesan dengan kemasukan tujuh pendakyah Kristian yang dihantar oleh ‘Mission Frontier’ dengan kerjasama Gereja First Baptist, Subang, bertujuan memesongkan akidah umat Islam.

Golongan pendakyah tersebut menjalankan dakyah kristianisasi secara sukarela tanpa sebarang bayaran, menandatangani kontrak selama dua tahun, berpakaian kemas berlegar-legar di sekitar ibu kota beserta pemakaian tag nama ‘The Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints’.

Fenomena ini amat membimbangkan sekiranya tidak ada pembendungan kerana strategi terancang musuh Islam ini berupaya merosakkan akidah umat Islam. Contohnya di Indonesia, mereka meletakkan matlamat dalam masa 50 tahun seluruh penduduk di negara itu akan dimurtadkan. Maka, perkara ini adalah tidak mustahil jika ianya bakal berlaku di Malaysia jika tidak ada mana-mana pihak yang mengambil cakna isu akidah ini.

Meskipun mereka melihat masyarakat Melayu-Islam adalah golongan yang paling sukar dimurtadkan dan sentiasa mencuba pelbagai pendekatan, namun semuanya adalah tertakluk kepada seseorang Muslim itu. Jika akidah sentiasa dipegang teguh sebagaimana ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka datanglah apa jua anasir-anasir yang cuba memesongkan dari ajaran Islam sebenar, pasti tidak akan terpedaya. Renung-renungkan.

Sumber: akarimomar.com


 

Comments