JAUHKANLAH DIRI DARIPADA SIFAT – SIFAT TERCELA INI

 


Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk bersikap baik dan menjauhkan diri daripada berperilaku ataupun terjebak dengan sifat – sifat tercela. Antara sifat – sifat tercela itu adalah:

1) Banyak makan. Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak ada bekas yang paling buruk dipenuhi anak Adam berbanding perutnya, cukuplah baginya beberapa suapan kecil yang boleh menegakkan tulang subilnya (bertenaga), atau paling tidak maka sepertiga untuk makananya, sepertiga untuk minumanya dan sepertiga lagi untuk nafasnya" (HR Bukhari).

2) Banyak bercakap tentang hal yang sia – sia. Lidah antara angota yang lebih khusus dalam memberi kesan terhadap hati kerana, setiap kalimah (perkataan) yang dituturkan oleh lidah menunjukan apa yang terdapat didalam hati.

3) Sifat marah. Menahan diri daripada marah berlebihan adalah termasuk dalam perkara penting dalam agama. Sabda Rasulullah SAW:


 "Orang yang kuat bukanlah yang menang dalam perlawanan, tetapi orang mampu menahan dirinya ketika marah." (HR Bukhari dan Muslim).

4) Sifat hasad. Ia adalah antara penyakit hati yang paling dihasut dan sangat sukar diubah.

5) Sifat bakhil dan mencintai harta. Allah SWT berfirman:


Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat hina..” (QS An – Nisa’: 37).

6) Sifat cintakan kedudukan dan kemegahan. Ketahuilah bahawa hakikat kemegahan adalah apabila seseorang itu mampu mampu menguasai hati orang lain agar tunduk dan patuh kepadanya dan sesuai dengan keinginannya.

7) Sifat cintakan dunia. Dunia ini ibarat ladang bagi kita di hari akhirat, bagi mereka yang benar – benar bertakwa kepada Allah SWT. ini kerana mereka tahu bahawa dunia adalah tempat persingahan sementara untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. 


8) Sifat sombong. Kesombongan adalah melihat diri sendiri lebih tinggi dari daripada orang lain dalam sifat² kesempurnaan. Maka akan munculah dalam hati sifat bangga diri dan bongkak.

9) Sifat bangga diri (ujub). Ujub adalah pengagungan atau keakuan terhadap diri sendiri, khususnya berupa kenikmatan dan kepecayaan kepadanya sehingga lupa kepada Allah SWT yang memberikan segala nikmat yang dipinjamkan keatasnya.


10) Sifat riak. Riak adalah mencari kedudukan dihati orang lain melalui Ibadah dan amal yang baik. Riak termasuk dalam golongan dosa – dosa besar. Rasulullah SAW bersabda:

"Allah tidak akan menerima suatu amal yang di dalamnya mengandungi riak walaupun sebesar zarah." (HR Muslim).

Semoga kita terhindar daripada sifat – sifat seperti ini. Mintalah pertolongan daripada Allah SWT agar kita sentiasa dipelihara daripada sebarang kejahatan yang boleh merosakkan jiwa dan keimanan kita sebagai umat Islam. 

Sumber: Jabatan Agama Islam Perak


Comments