Seorang misionari Kristian membuat pengakuan bahawa terdapat sebahagian golongan misionari yang dipanggil sebagai ‘expatriat missionaries’ sengaja memeluk agama Islam dan bersyahadah dengan tujuan untuk masuk ke masjid bergaul bersama jemaah, seterusnya menarik orang Islam ke agama Kristian.
Pengakuan ini mula dicatat pada tahun 2006 sebagai susulan kepada pembongkaran strategi jahat misionari Kristian yang memurtadkan orang Islam tetapi membiarkan mereka berterusan hidup di dalam keluarga atau di kalangan masyarakat Islam dengan mengekalkan segala amalan agama Islam sebagai budaya sahaja tetapi sudah mengakui Jesus sebagai Tuhannya.
Strategi licik ini dikenali sebagai Gerakan Dalaman (Insider Movement) atau juga disebut sebagai C5 MBB (Muslim Background Believer). Gerakan ini yang berkonsepkan ‘Kristian tanpa gereja’ dikesan telah berleluasa ke dalam masyarakat Islam Malaysia. Mereka yang telah berjaya dimurtadkan tersebut disarankan tidak mengishtiharkan kemurtadannya kepada kenalan mahupun keluarga dan menyembunyikan identiti sebenar demi kelangsungan hidup di Malaysia.
Dalam petikan majalah ‘Christianity Today’ terdapat ungkapan misionari evangelis yang menyatakan bahawa:
“Instead of making Muslims into Christians, we need to encourage and enable believers to continue their identification with their community as ‘Muslims’, but express their allegiance to Christ in Islamic terms and forms”.
Petikan ini dapat disimpulkan bahawa Muslim yang murtad tidak perlu untuk mengishtiharkan agama baharunya kepada umum, bahkan biar kekal dengan identiti Muslim, tetapi beri kesetiaan kepada Christ (Jesus) dalam istilah dan cara Islam.
Justeru itu, berhati-hatilah umat Islam dengan gerakan licik para misionari agama lain yang senantiasa menjadikan umat Islam yang leka dan lalai sebagai sasaran untuk meragukan pensyariatan Islam, kemudian memanipulasikan fakta dan menggoncang akidah yang akhirnya tanpa keteguhan iman pasti terpedaya dengan taktik licik dan ideologi sesat golongan misionari. Maka, berhati-hatilah.
Sumber: akarimomar.wordpress.com
Comments
Post a Comment