TIDAK MEMPERCAYAI TUHAN ADALAH MENYALAHI FITRAH SEBAGAI MANUSIAWI


Kewujudan ateisme di Malaysia hakikatnya sudah lama, namun ia tidak diketahui secara meluas kerana golongan ini kurang menonjolkan diri. Namun, ia semakin berani menonjol dan berkembang dalam masyarakat kerana didorong oleh beberapa faktor seperti kemunculan dan perkembangan ideologi liberal yang didukung oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Pertubuhan-pertubuhan yang lantang menyuarakan pendapat berkaitan isu-isu agama dan mempertikaikan pelaksanaan undang-undang Islamseperti Sister in Islam dan Islamic Renassaince Front (IRF) dilihat hebat bagi golongan ateisme contohi dan dijadikan kekuatan. Oleh sebab itu, fahaman ateisme ini semakin subur meskipun mereka berselindung di sebalik pembela hak asasi dan memperjuangkan pencerahan agama.

Kesimpulannya, golongan ateisme yang ideologinya adalah tidak mempercayai Tuhan jelas menyalahi fitrah sebagai seorang manusia yang lahiriahnya mestilah beragama. Disebabkan ketidakpunyaan agama ini telah menyebabkan segelintir golongan ateis juga bebas mengganggu ketenteraman awam yang mengakibatkan berlakunya kerosakan prinsip kehidupan beragama sekaligus merosakkan kepercayaan umat Islam kepada Tuhan. Berhati-hatilah

Sumber: Jurnal al-Hikmah, 15(1) – Universiti Kebangsaan Malaysia


 

Comments