Melihat kepada perkembangan ajaran sesat yang semakin bercambah, timbul satu persoalan, setakat manakah ajaran sesat boleh memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang pengikut dan pengasas ajaran sesat tersebut?
Jawapannya sudah pasti akidahnya akan terjejas iaitu boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam:
i. Kesyirikan
-satu bentuk keyakinan yang mengakui adanya sekutu bagi Allah SWT dalam kekuasaannya termasuk mempercayai, menyembah, meminta dan mengharapkan sesuatu selain Allah SWT;
ii. Murtad
- keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah;
iii. Kufur
- keluar dan menyeleweng daripada landasan iman iaitu menolak kebenaran Islam selepas menganutinya.
Justeru itu, penting bagi umat Islam untuk mempunyai ilmu agama supaya boleh membezakan sesuatu ideologi yang tersebar itu adalah benar atau menyalahi ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sekiranya sudah dikenalpasti ianya adalah menyeleweng, umat Islam turut perlu tahu bagaimana hendak membentengi diri dari terjebak bagi mengelakkan marabahaya menimpa diri.
Sumber: Jurnal Kontemporari Islam- Universiti Darul Iman Malaysia
Comments
Post a Comment