Ancaman ateis yang berideologi ‘godless’ tidak jauh bezanya dengan ancaman komunis yang mana kedua-duanya menolak kewujudan agama sekaligus menafikan kewujudan Allah SWT. Kedua-duanya juga bercanggah dengan Rukun Negara lantas Rukun Negara pertama dinafikan oleh kedua-dua fahaman ini.
Selain itu, fahaman ateis dan komunisme ini turut berpotensi mencetuskan suasana tidak tenteram dalam kalangan penganut Islam dan juga penganut pelbagai agama. Oleh sebab itu, mereka yang terlibat dengan fahaman-fahaman tersebut boleh diklasifikasikan di bawah Akta Hasutan 1948 sekiranya ada cubaan untuk disebarluaskan. Secara tidak langsung fahaman tersebut mengajak orang Islam untuk murtad dan ini seharusnya tidak dibenarkan kerana jelas bertentangan prinsip Islam berkaitan pentingnya penjagaan agama (hifz al-din).
Jika golongan yang berpandangan bahawa Perkara 11(4) juga membawa maksud seseorang berhak untuk tidak beragama, maka hujah ini dilihat terlalu dangkal dan gagal kerana dua alasan. Pertama, gagal memahami maksud sebenar perletakan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Kedua, gagal untuk memahami nilai agama bagi orang Islam. secara terang lagi bersuluh apa ang disuarakan oleh Raja-Raja Melayu adalah memastikan orang Melayu tidak dimurtadkan. Memberi tafsiran kepada kebebasan untuk tidak beragama, jelas sangat bertentangan dengan falsafah peruntukan Perkara 11(4) yang melarang pengembangan apa-apa agama dan doktrin kepada orang Islam.
Sumber: Jurnal al-Takamul al-Ma’rifi,Vol.5(1) – Universiti Sultan Azlah Shah
Comments
Post a Comment