FATWA JIHAD BERSENJATA KE ATAS I$R43L TANDA AMARAH UMAT ISLAM SUDAH SEMAKIN MEMUNCAK


Keputusan Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang memutuskan fatwa jihad bersenjata ke atas I$R43l merupakan ‘isyarat’ yang menunjukkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia sudah mencapai tahap terakhir. Ia juga merupakan suara kekecewaan umat Islam terhadap kegagalan masyarakat antarabangsa menghentikan pembunuhan beramai-ramai di G4z4. Seruan umat Islam di seluruh dunia untuk bangkit mempertahankan rakyat P4l3st!n termasuk menerusi bentuk jihad bersenjata adalah suara hati umat Islam.

Insiden pengeboman masyarakat Islam di Semananjung G4z4 ketika merayakan Aidilfitri menunjukkan bagaimana kekejaman rejim zi0ni$ dan sikap tidak berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh penjajah berkenaan. Walaupun perjanjian gencatan senjata telah termeterai, akan tetapi sikap memungkiri janji dan menumpahkan darah adalah sikap kebanggan bangsa Yahudi sejak dahulu lagi. Firman Allah SWT:

"Maka Kami laknatkan mereka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan mereka pula membunuh nabi- nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar." (QS An – Nisa: 155).

Apa yang dilakukan oleh penjajah ini sebuah genosid yang dirancang oleh Israel beselindung dengan alasan pembebasan tawanan I$R43l. Bilangan syahid daripada penduduk G4z4 melibihi daripada 50,000 nyawa adalah lebih banyak daripada bilangan tawanan. Bahkan nyawa yang terkorban majoritinya melibatkan kanak-kanak, golongan wanita dan orang awam. Penjajah melaksanakan pembantaian mengerikan ini di hadapan mata dunia sedangkan umat Islam membisu, hanya memerhati pembunuhan seolah-olah darah rakyat G4z4 hanyalah berita yang disiarkan dalam siaran berita sahaja. 

Ingatlah, sesungguhnya harga diri saudara kita yang beragama Islam lebih mulia daripada kehormatan Kaabah. Rasulullah SAW bersabda:

 “Alangkah baiknya engkau (wahai Kaabah) dan alangkah harum baumu! Alangkah agungnya engkau dan alangkah besarnya kehormatanmu! Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seorang Mukmin itu lebih agung di sisi Allah daripada kehormatanmu iaitu hartanya dan darahnya (nyawanya). " (HR Ibnu Majah).

Masyarakat Islam perlu sedar bahawa isu G4z4 dan Masjid al-Aqsa bukanlah isu khusus bagi bangsa Arab sahaja, bahkan isu ini adalah isu semua masyarakat Islam. Dalam saat yang genting ini, masyarakat Islam sedunia daripada semua lapisan perlu bersatu padu dan berganding bahu menzahirkan solidariti terhadap saudara-saudara seagama kita di G4z4 serta berusaha sedaya upaya yang mungkin mengkritik dan menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh rejim zi0ni$ sama ada berjihad dengan senjata ataupun harta ataupun lisan.

Marilah kita bersama – sama membantu saudara – saudara kita yang sedang derita dilanda kekejaman yang tidak berkesudahan ini. Kita mungkin tidak mampu mengangkat senjata untuk berjihad, tetapi setidaknya kita berjihad dalam melaksanakan boikot ataupun menyumbangkan derma kepada rakyat P4l3st!n demi kelangsungan hidup mereka. 

Sumber: Malaysia Gazzette (7 April 2025)


 

Comments