GOLONGAN ISLAM LIBERAL MENEMPELAK SYARIAT KERANA DIKATAKAN PENETAPAN HUKUM ADALAH KERJA MANUSIA


Elemen utama yang mendasari liberalisme ialah pemikiran bebas tanpa batas dan tidak terikat dengan keautorian al-Quran, hadis, dan ijmak yang mana ia sentiasa melaungkan gagasan untuk mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula as-Sunnah, menapis semula syariat dan hukum-hukum feqah, malah mendokong usaha meletakkan agama wajar disesuaikan dengan realiti semasa. 

Golongan liberal menganggap sumber syariah hanya undang-undang hasil daripada kerja manusia yang mungkin berasal dari hukum al-Quran dan hadis. Namun, dalam penetapan hukumnya, ia dilihat sebagai hasil-hasil kerja manusia yang bersifat duniawi. Maka, segala hukum ini dipercayai boleh dikaji semula, dipersoalkan mahupun ditolak dengan sebab-sebab tertentu.

Hal ini jelas bahawa golongan liberal ini menggunakan idea-idea yang berbentuk modenisasi dengan mengikut kebebasan akal semata-mata dalam membicarakan hal-hal keagamaan. Justeru itu, ternyata fahaman Islam liberal ini adalah sesat kerana jelasnya menolak syariat ketetapan Allah SWT secara terang-terangan. Namun, mereka yang jahil akidahnya dengan mudah terpedaya dengan ideologi sesat liberalisme ini kerana terpesona dengan fatamorgana dunia.

Sumber: Jurnal al-Hikmah, VOL.15(1)- Universiti Kebangsaan Malaysia


 

Comments