ISLAM LIBERAL JELAS SELEWENG AKIDAH UMAT ISLAM DAN MENYALAHI PRINSIP-PRINSIP ISLAM


Liberalisasi akidah ialah fahaman yang meyakini bahawa semua agama adalah sama-sama benar dan merupakan jalan untuk menuju kepada Tuhan yang sama. Golongan ini menganggap setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan bagi seorang muslim untuk murtad. 

Kewujudan golongan liberal ini jika tidak dibendung akan mendatangkan bahaya pada skala yang besar bagi umat dan agama Islam itu sendiri. Hal ini kerana:
i. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam;
ii. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang menjejaskan akidah;
iii. Menjadikan orang Islam bebas melakukan apa sahaja;
iv. Membuatkan orang Islam bebas untuk murtad; dan
v. Wujudnya badan khas yang berhak menentukan status agama seseorang seperti IFC.

Jelaslah bahawa pemikiran Islam liberal adalah pemikiran yang berbahaya bagi akidah umat Islam dan menyalahi prinsip-prinsip Islam. Justeru itu, umat Islam harus selalu waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang akan merosak keyakinan. Tidak kira sama ada pemikiran tersebut mempunyai nama-nama yang telah berganti seperti Islam moden, Islam liberal, Islam rasional, Islam post-moden dan sebagainya.

Ingatlah bahawa, jalan Islam hanya satu iaitu Islam yang sesuai dengan nas-nas kitab suci al-Quran dan sesuai dengan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber: Buku Cabaran Akidah: Pemikiran Islam Liberal – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


 

Comments