Jika ditelusuri catatan sejarah, terdapat banyak komplot Syiah ke atas umat Islam dan kerajaan Islam. Antaranya adalah:
i. Abu Lu’luah (asal Kristian) seorang hamba suruhan telah membunuh Umar al-Khattab ketika mengimami solat subuh. Pembunuh ini kemudiannya meninggal dunia, ditanam di Iran dan disanjung tinggi oleh golongan Syiah;
ii. Abdullah bin Saba’ (asal Yahudi) datang bersama ribuan pengikutnya telah mengepung rumah Uthman bin Affan selama 40 hari dan melarangnya menunaikan solat di masjid sebelum membunuhnya;
iii. Pembunuhan Saidina Hussin dikatakan kronologinya dilakukan oleh golongan Syiah sendiri yang dipimpin oleh tentera Ubidillah bin Ziyad iaitu bekas tentera kerajaan pimpinan Saidina Ali;
iv. Seorang ulama Syiah iaitu Syeikh Nasir Lidirullah menjadi pengkhianat kepada Kerajaan Tatar untuk menakluki dan menghancurkan Iraq;
v. Imam Khomeini menggulingkan pemerintahan beraja Iran di bawah pimpinan Syah Redza Pahlavi. Kemudian beliau mengisytiharkan Iran sebagai sebuah negara Republik dan memimpin Iran dengan gelaran Ayyatollah Imam Khomeini; dsb.
Selain itu, Khomeini turut menyeru kepada pengikutnya bahawa iman seorang Syiah tidak sempurna kecuali setelah berbeza (menentang) dengan Ahli Sunnah. Apabila seorang Ahli Sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan.
Dalam kitab tulisan Sayyid al-Jazari turut menyatakan bahawa: “Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan Ahli Sunnah tentang Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan imam kerana mereka mengatakan Tuhan kami adalah Nabi Muhammad SAW dan khalifah setelahnya adalah Abu Bakar. Kami al-Rafidah tidak akan beriman pada semua itu kerana bukannya Tuhan kami…”
Justeru itu, jelas Syiah bukanlah sebahagian daripada Islam. Mereka seboleh-bolehnya akan memerangi Ahli Sunnah kerana dikatakan tidak beriman kepada Tuhan yang sama, Nabi yang sama dan tidak setuju dengan pemilihan para Sahabat nabi yang lain sebagai khalifah sehingga dicaci dihina, malah sanggup bertindak ganas memerangi umat Islam sebagai musuhnya. Maka berhati-hatilah dengan ideologi Syiah yang sememangnya sesat dan terpesong jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Sumber: Kertas Pembentangan sempena Majlis Penjelasan Fatwa- Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment