PERANCANGAN JAHAT MUSUH ISLAM TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI MEMURTADKAN MELAYU-ISLAM

 


Agenda jahat musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti sehinggalah umat Islam yang lalai sedikit demi sedikit mula terjerumus terikut dalam perancangan jahat mereka dan berpadu tenaga untuk bersama musuh. Maka tidak hairan statistik masyarakat Melayu-Islam murtad menunjukkan peningkatan yang mendadak saban tahun.

Cubaan menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan sebagai Persatuan Melayu Murtad (IFC) perlu diambil pengajaran. Misionari Kristianisasi telah menggunakan perutukan hak asasi manusia untuk memanipulasikan pihak-pihak tertentu demi mencapai matlamat memurtadkan umat Melayu-Islam. Meskipun cubaan penubuhan tersebut tidak berjaya dan berjaya disekat, namun secara tidak langsung ia telah mendapat suara-suara sumbang dari kalangan ‘aktivis Islam’ sendiri yang menyokong pelampau evangelis dan pada masa yang sama ‘aktivis Islam’ ini menempelak saudara mereka sendiri yang beragama Islam yang cuba membentengi akidah umat Islam.

Justeru itu, jangan pernah leka dan lalai dalam berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana kealpaan boleh memberi ruang dan peluang kepada agenda musuh-musuh Islam untuk mempengaruhi keimanan kita sebagai umat Islam.

Sumber: akarimomar.com


Comments