SOKONGAN LIBERALISME MENGUATKAN PERKEMBANGAN ATEISME DALAM KALANGAN GEN-Z MELAYU-ISLAM

 

 
Kewujudan dan keaktifan pertubuhan-pertubuhan yang mendokong liberalisme dalam menyuarakan tentangan mereka kepada isu-isu berkaitan dengan undang-undang Islam dan fatwa telah mendorong golongan ateis untuk muncul dalam masyarakat dan memaparkan aktiviti mereka walaupun melalui laman sosial sahaja. 

Ia memberi gambaran bahawa golongan ateis ini tidak merasa bersendirian dalam memperjuangkan arus pemikiran dan pegangan yang berbeza daripada pegangan arus perdana Malaysia. Fenomena ini telah menyebabkan para remaja Melayu-Islam atau Gen-Z khususnya, terdedah dengan kebebasan berfikir yang melampau sehingga mereka terdorong untuk mempersoalkan hal-hal keagamaan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada pihak berautoriti. Natijahnya, pegangan agama dianggap tidak sesuai pada zaman moden ini, bersikap anti-Islam, memusuhi ulama-ulama Islam dan akhirnya menjadi ateis.

Kesimpulannya, ideologi liberal mempunyai hubungan yang rapat dengan ateisme. Ideologi liberal yang mendokong kebebasan tanpa batasan diumpamakan sebagai satu pintu kepada fahaman ateisme untuk menyerap masuk ke hati-hati individu yang berfahaman liberal yang akhirnya menjadi ateis dengan menolak agama dan menafikan kebenaran agama Islam yang mutlak sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Justeru itu, golongan Gen-Z Melayu-Islam khususnya, janganlah mudah terpedaya dengan ideologi Barat yang nyatanya ingin meruntuhkan akidah para Gen-Z Islam. Runtuhnya Gen-Z Islam, maka rosaklah masa depan agama dan bangsa.

Sumber: Jurnal al-Hikmah, Vol.15(1)-Universiti Kebangsaan Malaysia


Comments