AJARAN SESAT: JALAN PALSU KE SYURGA


Ajaran sesat kebanyakan ideologinya adalah hampir sama antara satu sama lain. Antaranya adalah menganggap semua pegangan agama individu lain sebagai bid’ah, ahli neraka dan pengamal ajaran syirik. Hanya pengikut ajaran itu sahaja yang layak dan dijanjikan syurga. 

Pengikut ajaran sesat merasakan mereka adalah golongan yang betul malah mudah untuk melabelkan individu yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai sesat dan pelbagai label negatif yang lain.

Sumber keselamatan mendedahkan wujud ancaman keselamatan yang jelas jika kumpulan ajaran sesat itu terus dibiarkan tanpa pemantauan atau penguatkuasaan. Hal ini kerana, terdapat sebilangan ajaran sesat menyamai doktrin yang keras serta bersifat radikal sekaligus menggugat keharmonian di negara ini. Mereka turut merasakan kumpulan atau ajaran mereka yang paling betul berbanding orang lain, maka mereka sanggup bergadai nyawa mempertahankan ‘tok guru’ dan ajaran sesat tersebut atas nama ‘jihad’.

Justeru itu, janganlah mudah terpedaya dengan idelogi-ideologi selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya mahu mencari makna kehidupan sebenar, ingin menebus dosa besar dan jalan pintas ke syurga. Sedangkan mereka telah tersalah langkah yang akhirnya terjerumus dalam ajaran sesat serta bertindak radikal.

Sumber: Pakar Deradikalisasi- Prof. Dr Mohd Mizan Mohd Aslam


 

Comments