Pemikiran tidak beragama merujuk kepada satu istilah ketiadaan pegangan agama dalam konteks mengamalkan cara hidup bebas berpaksikan hak asasi manusia. Pemikiran tidak beragama juga merangkumi kefahaman yang bertunjangkan humanisme, sekularisme, pluralisme dan liberalisme.
Golongan yang mudah terpengaruh dan menerima kesan yang besar kepada proses ini ialah belia kerana mereka adalah antara golongan yang mudah menerima unsur luar dan menerimanya tanpa tapisan yang bijaksana. Serangan pemikiran seperti ini boleh menyerap masuk dengan mudah dalam pemikiran belia dan agak sukar ditolak melainkan mereka yang mempunyai pegangan yang jelas tentang agama Islam.
Golongan yang berpegang dengan gagasan pemikiran tidak beragama ini percaya bahawa hak asasi manusia yang sepatutnya melakarkan kehidupan mereka sekarang dan akan datang tanpa perlu campur tangan daripada agama dan undang-undang syariat. Mereka juga tidak menerima nas al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan hakiki kepada permasalahan umat, malah meletakkan semuanya kepada manusia.
Meskipun hasil kajian terhadap golongan belia berkaitan gagasan pemikiran ini menunjukkan tahap pengetahuan agama golongan belia Islam adalah tinggi berbanding pemikiran tidak beragama mereka adalah rendah, namun tidak dinafikan masih wujud sebilangan kecil belia Islam yang semakin jauh daripada pegangan agama yang sebenar akibat dari proses globalisasi sehingga menyebabkan gaya hidup, identiti, pemikiran, malah akidah turut berubah ke arah kesesatan.
Sumber: Jurnal Islam dan Masyarakat Kontempotato- Universiti Sultan Zainal Abidin
Comments
Post a Comment