Sejak kemerdekaan Tanah Melayu, umat Islam mengharapkan agar dapat menghapuskan saki-baki gerakan missionari. Tetapi peristiwa Natrah pada tahun 1950 menggugat sentimen orang Melayu-Islam sehingga berlakunya gerakan bantahan terhadap usaha untuk memurtadkan Natrah. Peristiwa bantahan awam ini merupakan titik permulaan protes rakyat terhadap isu pertukaran agama di negara ini.
Manakala hari ini, pembangunan era globalisasi menyebabkan nilai-nilai Barat yang masuk tidak dapat dibendung dan kesannya terhakis kepercayaan agama dan menjejaskan benteng kerohanian manusia yang akhirnya mempengaruhi matlamat hidup hanya melihat kepada dunia semata-mata. Bukan sahaja soal halal haram diketepikan, bahkan sanggup mengenepikan agama.
Ringkasnya, lahir tanggapan yang menyatakan bahawa dengan memeluk Islam seseorang itu kembali ke zaman manusia kuno Badwi. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan cuba didoktrinkan kepada umat Islam supaya timbulnya keraguan dalam diri sehingga akhirnya memilih untuk bertukar agama.
Strategi missionari ini tidak lain tidak bukan bertujuan merosakkan agama Islam, mewujudkan perpecahan dalam kalangan masyarakat menerusi perbezaan dan percanggahan fahaman, mengubah cara pengamalan mereka terhadap syariah Islam serta menimbulkan krisis dalam kehidupan beragama. Justeru itu, berhati-hatilah dengan taktik licik missionari, jagalah akidah, kerana hanya itulah kunci kejayaan mengalahkan missionari.
Sumber: Jurnal Teknologi (Social Sciences), Vol. 59 – Universiti Teknologi Malaysia
Comments
Post a Comment