KEPELBAGAIAN DIRAI, BUKAN KEHARMONIAN DINODAI

 


Pengalaman perjalanan sejarah negara ini telah membuktikan perbezaan etnik, budaya dan agama mungkin boleh melahirkan suasana salah faham, ketegangan dan juga konflik, tetapi gambaran itu hanya mampu menjelaskan sebahagian kecil dari kehidupan rakyat dan perjalanan sejarah negara ini. 

Meskipun insiden konflik sosial ini dapat diatasi dengan baik hingga masyarakat kembali normal dalam jangka masa enam bulan, namun dikhuatiri perkara ini menjadi titik tolak kepada segelintir pihak untuk membuat cubaan provokasi jika tidak ada tindakan tegas dikenakan. Lebih-lebih lagi di zaman kerancakan media sosial yang membolehkan provokasi dilakukan ‘tanpa nama’ (anonymous) sehingga dikhuatiri mewujudkan kelompok ‘keyboard warrior’ untuk menegakkan agenda tersendiri yang akhirnya menegangkan keharmonian dalam masyarakat.

Oleh sebab itu, para pemimpin sama ada yang memegang tampuk pemerintahan ataupun pihak pembangkang perlu berganding bahu bagi memastikan keunikan masyarakat Malaysia yang berbeza etnik, budaya dan agama tetap teguh bersatu, bukannya memimpin etnik masing-masing untuk kepentingan tersendiri. Seharusnya keunikan itu menjadi satu kekuatan bukannya satu kelemahan. Renung-renungkan.

Sumber: Journal of Ethcs, Legal and Governance- Universiti Utara Malaysia


Comments