MURTAD: PENGKHIANATAN TERHADAP AGAMA DAN NEGARA


Isu murtad dalam kalangan umat Islam tidak boleh dipandang ringan. Hal ini merupakan satu isu besar yang harus ditangani oleh semua pihak. Perlembagaan Malaysia jelas memberi laluan untuk langkah-langkah menangani masalah murtad. Walapun perlembagaan yang ada bukan perlembagaan berteraskan ajaran Islam, namun ia membenarkan umat Islam hidup dan mempertahankan tradisi dan identiti Islam dalam kalangan masyarakat.

Jika ada pihak yang mempertikaikan langkah mengawal murtad atau cuba berhujah bahawa murtad dibenarkan oleh perlembagaan, jelas telah terkeliru atau cuba memutarbelitkan peruntukan-peruntukan yang berkenaan. Pendekatan sedemikian juga sebenarnya tidak selaras dengan metodologi dan pendekatan dalam pentafsiran perlembagaan. Tafsiran-tafsiran ganjil yang cuba mempertahankan gejala murtad jelas mempunyai kesan yang boleh mengganggu struktur dan kerangka perlembagaan.

Persoalan berkaitan bolehkah sesebuah Negara menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka yang murtad juga seharusnya tidak dijadikan satu isu. Analoginya, jika seseorang yang melakukan pemberontakan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, kenapa pula golongan murtad tidak boleh dihukum mati? Jika Malaysia telah diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, maka orang yang mengkhianati Islam juga merupakan pengkhianat negara? Dengan itu, hukuman mati mandatori ke atas orang yang murtad adalah praktikal dan tidak berlawanan dengan praktikal semasa. Maka, ia tidak seharusnya dipertikaikan, tetapi hendaklah dilaksanakan agar kesucian Islam tidak ternoda. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Teknologi (Social Sciences), Vol. 59- Universiti Teknologi Malaysia


 

Comments