Tular kisah seorang lelaki yang menjadi kegilaan seorang wanita sedang hangat “ditayangkan” di aplikasi TikTok. Dikhabarkan juga bahawa individu tersebut telah menjadi “buruan” wanita yang dikatakan mempunyai masalah mental itu selama lima tahun. Kerana ketaksuban, wanita ini sanggup mereka (create) beberapa akaun media sosial palsu semata – mata ingin menarik perhatian lelaki tersebut dan simpati para warga netizen.
Menurut kamus dewan edisi keempat taksub atau dalam arab تعصب (taasub) adalah sama erti bagi fanatik yang bermaksud keyakinan dan kepercayaan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang. Ketaksuban melampau kepada manusia hingga sanggup menimbulkan fitnah adalah salah satu penyakit mental yang kronik. Manakan tidak, manusia yang memilik ketaksuban melampau ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian walaupun ia melibatkan nyawa sendiri dan juga orang lain.
Sikap taksub atau fanatik terhadap seseorang atau sesuatu perkara tidak mengira sama ada tokoh agama, pemimpin politik, parti politik atau individu yang boleh mendatangakn bahaya sekiranya seseorang itu terlalu terikat dengan fahaman tanpa mempertimbangkan secara kritis atau objektif tindakan tersebut. Allah SWT berfirman:
“Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam agama kamu secara yang tidak benar dan jangan lah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.” (QS Al – Maidah: 77).
Sikap taksub yang melampau kepada individu ini wajar ditangani dengan lebih tegas bagi mengelak lebih banyak perkara negatif daripada berlaku. Tidak salah untuk mengagumi seseorang dalam diam kerana kecerdasan dan kewibawaannya dalam sesuatu perkara. Tetapi janganlah sehingga menimbulkan fitnah yang melampau hingga menjejaskan kualiti hidup individu yang diganggu. Sekiranya ia berkait dengan masalah mental, maka pihak keluarga ataupun kenalan rapat hendaklah memainkan peranan. Dapatkan rawatan secara berkala sebelum semuanya menjadi semakin teruk.
Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Comments
Post a Comment