SYIAH REALITINYA BUKAN ISLAM DAN MERUPAKAN AJARAN SESAT

 


Malaysia sejak sekian lama mengamalkan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam konteks di Malaysia, golongan yang terkeluar daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah dihukumkan sebagai sesat. Begitulah ajaran Syiah yang termasuk dalam kategori ajaran sesat kerana ajarannya bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan al-Quran dan hadis. 

Antara faktor ajaran Syiah dikatakan sesat adalah kerana ideologi Syiah berpegang bahawa Imamah merupakan rukun Islam paling utama mengatasi solat. Golongan Syiah juga beriktikad bahawa imam-imam mereka tidak dapat dicapai oleh mana-mana malaikat yang hampir dengan Allah SWT, lebih afdal daripada para anbiya’ selain daripada Nabi Muhammad SAW. Dengan kedudukan Imamah yang begitu penting di sisi Syiah, bagaimanakah pula kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada pandangan mereka? 

Kesimpulan yang pasti ialah golongan Sunni bukan seorang mukmin. Justeru itu, diharapkan agar umat Islam sentiasa terpelihara akidahnya mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan dijauhkan daripada fahaman yang menyeleweng, lebih-lebih lagi fahaman Syiah yang dilihat sebagai satu aliran ekstrim, merosakkan akidah dan syarak, memecah-belahkan perpaduan, menggugat keharmonian masyarakat dan sesebuah negara.

Sumber: Buku Ada Apa Dengan Syiah? Mengenal Hakikat Syiah – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments