Boikot. Apabila kita memperkatakan tentang boikot pada hari ini semuanya tertumpu kepada kemahuan menjatuhkan ekonomi I$r43l pada saat ini berikutan keganasan dan perperangan yang dicetuskan oleh pihak mereka kepada saudara – saudara kita di G4z4. Namun, kadangkala kita kalah dengan pujuk rayu kita sendiri apabila kembali membeli barang yang diboikot itu. Jadi persoalannya, adakah langkah memboikot ini satu tindakan wajar? Atau ia sekadar emosi, trend atau kita lakukan berdasarkan ilmu kefahaman kita?
Perbuatan boikot barangan atau perkhidmatan tertentu menjadi salah satu isu global yang dijalankan sebagai kempen oleh rata-rata masyarakat dunia dalam mengekspresikan reaksi mereka terhadap isu-isu yang mereka perjuangkan. Perkara ini menjadi semakin sensitif dalam kalangan Muslim saban hari apabila penindasan terhadap umat Islam berlaku di seluruh dunia kian memuncak. Dalam keadaan sebenar, hukum memboikot boleh terjadi dalam berberapa situasi:
1) Haram: Jika ditujukan kepada pihak yang banyak membantu umat Islam kerana ia membawa kemudaratan dan melemahkan kekuatan umat.
2) Makruh: Jika tindakan itu tidak memberi kesan nyata, tetapi hanya menimbulkan perpecahan atau kebencian sesama umat Islam.
3) Harus: Sekiranya ia dilakukan terhadap pihak yang nyata memudaratkan Islam dan tiada mudarat lebih besar yang timbul hasil tindakan tersebut.
4) Wajib: Jika pihak itu dengan secara terang dan nyata menyatakan sokongan mereka kepada pihak musuh yang terang – terangan mengancam keamanan umat Islam dan manusia lainnya.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, memboikot syarikat atau entiti perniagaan yang terlibat dengan rejim zi0ni$ hedaklah dilakukan berpandukan kepada beberapa parameter yang telah digariskan, antaranya:
1) Matlamat boikot adalah untuk menekan syarikat – syarikat agar menukar polisi, visi, misi dan strategi mereka berkenaan P4le$tin dan memberhentikan kezaliman I$r43l.
2) Dalam melaksanakan boikot, sikap tabayyun iaitu pencerahan, penerangan dan penjelasan yang hak dan batil mengikut fakta yang sebenar adalah amat diperlukan bagi memastikan syarikat atau produk yang ingin diboikot benar – benar ada penglibatan dengan zi0ni$ I$r43l. ini bagi mengelakkan berlakunya kezaliman terhadap pihak yang tidak bersalah.
3) Boikot hendaklah dilaksanakan secara beriman, bijak, berilmu, berikmah, beretika dan tidak bertindak secara ekstrem, melulu, melampau dan keterlaluan.
Oleh itu, dalam meneliti isu boikot ekonomi sebagai salah satu senjata pencegahan dan alat tekanan kita perlu mengambil kira fikir fiqh pertimbangan fiqul al – muwazanat iaitu satu makanisme yang sangat berkait rapat dengan feqh al-awlawiyyat (fiqh keutamaan) dalam kita mengambil sesuatu keputusan dan tindakan agar apa yang kita lakukan adalah suatu yang terbaik. Hal ini kerana bimbang dengan hal boikot ini boleh berkemungkinan membawa kepada kehilangan kemaslahatan yang lebih besar daripada kemaslahatan yang ingin dicapai atau menyebabkan kemudaratan yang lebih besar daripada kemudaratan yang ingin kita elakkan.
Umat Islam disarankan untuk menerapkan nilai tabayyun iaitu menilai sesuatu maklumat dengan penilaian yang adil daripada sumber yang dipercayai sebelum melakukan tindakan boikot dengan mengambil kira maslahah dan mafsadah implikasi boikot di samping mengenalpasti secara tepat syarikat yang diboikot agar tujuan asal menepati sasaran dengan mengikut tahap kemampuan masing-masing. Tindakan boikot juga perlu disusuli dengan tindakan lain iaitu dengan mempromosi dan memperkasakan penjualan dan pembelian produk tempatan agar menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan secara mandiri. Malah lebih utama lagi, dalam melaksanakan boikot ini ia hendaklah dilakukan dengan akhlak dan adab yang baik iaitu tidak mencela, menjatuhkan maruah dan mensabotaj orang lain. Meskipun Malaysia merupakan negara kecil, moga usaha kecil ini sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam yang dizalimi, menutup ruang-ruang kezaliman seterusnya menjadi salah satu amal kebaikan yang diterima oleh Allah SWT.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor
Comments
Post a Comment