JANGAN TERTIPU DENGAN ‘MOMOKAN’ ISLAM LIBERAL!!! KELAK ROSAKLAH SYARIAT, PINCANGLAH AKIDAH



Liberalisme ialah suatu idea yang memperjuangkan kebebasan individu dan kesamarataan individu-individu dalam masyarakat. Sebagai suatu konsep, teras kepada idea liberalisme ialah keprihatinan dalam melindungi dan menggalakkan kebebasan dan autonomi individu, dalam konteks penentangan terhadap pihak lain sama ada negara, masyarakat atau individu lain yang mengganggu kebebasan dan autonomi dalam segala aspek ini.

Terdapat tiga bentuk kebebasan yang memperlihatkan ketidakbatasan liberalisme. Pertamanya, adalah kebebasan sosial, politik dan ekonomi. Konsep kebebasan ini merujuk kepada ketiadaan undang-undang atau perjanjian yang menghalang seseorang melakukan sesuatu. Selain itu, sekatan dengan adanya monopoli juga mengehadkan pilihan seseorang untuk memilih dan bertindak.

Keduanya, adalah kebebasan psikologi yang merujuk kepada konsep kehendak manusia yang diandaikan bebas daripada ‘iradat’, ‘kudrat’ dan ilmu Tuhan (qadariyyah, free will). Ketiganya, adalah kebebasan moral apabila adanya kepercayaan bahawa seseorang boleh melakukan apa sahaja tanpa balasan dosa. 

Berikutan itu, liberalisme dalam konteks agama atau liberalisme agama boleh dirumuskan sebagai pemikiran yang ingin melonggarkan kepercayaan keagamaan. Ini bermaksud hubungan antara alam termasuk manusia dengan Tuhan perlu dibebaskan daripada kongkongan wahyu. Untuk tujuan itu, golongan liberal dalam agama telah menerima perubahan, malah cuba menghapuskan ajaran-ajaran tradisi agama agar hubungan Tuhan dengan manusia dan alam dapat ditafsirkan semula dalam bentuk yang lebih terbuka. 

Sebilangan Muslim nampaknya menerima pendekatan liberal ini dalam memahami Islam, sepertimana yang kita dapat lihat dalam kalangan golongan-golongan professional seperti ahli politik, akademik dan beberapa NGO yang memperjuangkan ideologi liberalisme seperti Sistem In Islam, G25 dan lain-lain lagi. Hakikatnya, mereka tidak sedar bahawa tiada istilah liberal dalam Islam kerana ternyata ‘momokan’ Islam liberal sebenarnya tidak wujud. Jika Islam diliberalkan maka rosaklah syariat, pincanglah akidah. Renung-renungkan.

Sumber: Jurnal Usuluddin, Vol. 40 -UPM


 

Comments