Hari Jumaat ini merupakan Hari Arafah hari di mana para jemaah haji akan melaksanakan ibadah Wukuf. Sehari selepas itu, umat Islam pula akan melaksanakan ibadah korban dan akan menyambut Hari Raya AidilAdha. Jadi, apakah kelebihan yang terdapat pada Hari Arafah?
1) Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
2) Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna. Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
“Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” (HR Bukhari dan Muslim).
3) Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.
4) Hari Arafah adalah hari Penyaksian. Rasulullah SAW bersabda:
“Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat.” (HR At – Tirmidzi).
5) Kebesaran berdoa di hari Arafah. Sabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (HR At – Tirmidzi).
6) Puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
7) Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.
Bila berbicara berkenaan Hari Arafah, maka sebilangan dari kita akan melaksanakan puasa Hari Arafah. Ini sebagaimana sebuah dalil yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Dimana Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang” (HR Muslim).
Antara kelebihan berpuasa di Hari Arafah adalah:
1) Merupakan satu jalan atau ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat Islam memperoleh pengampunan yang besar.
2) Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya merebut fadilat yang dijanjikan pada Hari Arafah.
3) Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam malam 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah. Sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang lebih besar apabila dilakukan pada bulan – bulan yang lain.
Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment