KENALI SIAPA YASIR ABU SYABAB- PENGKHIANAT BUMI G4Z4 YANG BACUL!!

 


Hari demi hari pembunuhan saudara seagama kita di G@z@ semakin meningkat hinggakan bandar itu sendiri bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Namun ia tetap tidak mematahkan semangat sebilangan mereka yang masih selamat untuk terus bertahan hidup dan mempertahankan bumi P@l3st!n. Namun begitu, ada satu hal yang kita perlu tahu, mengikut perkembangan mutakhir yang disampaikan oleh Badan Bukan Organisasi, Aqsa Syarif, minggu lalu dilaporkan oleh pihak pejuang mereka berjaya memerangkap sekumpulan musuh bersenjata dengan letupan bom yang mengorbankan atau mencederakan kira-kira tujuh orang musuh.

Apa yang mengejutkan, pihak musuh ini bukanlah orang Yahudi, tetapi merupakan sebahagian daripada penduduk Arab G@z@ sendiri. Mereka merupakan unit Musta’ribun di bawah kelolaan tentera zi0ni$ sendiri. Unit terbabit dibantu oleh pihak penjajah dari segi senjata, perlindungan, kenderaan, melatih mereka menjadi pengintip dan bantuan kemanusiaan. Mereka turut dikategorikan dalam masyarakat G@z@ sebagai ‘Isabah atau anggota kumpulan penjenayah yang diketuai oleh Yasir Abu Syabab berasal daripada keluarga kabilah al-Turabin.

Difahamkan sebanyak anggota kumpulan penjenayah yang diketuai oleh pengkhianat ini berada di dalam lingkungan 100 – 300 orang. Mereka berpusat di Rafah hanya beberapa puluh meter daripada Karem Abu Salem, satu-satunya pintu masuk bantuan kemanusiaan ke G@z@. Modus operandi mereka adalah merompak bantuan-bantuan kemanusiaan yang berjaya masuk ke G@z@ tanpa ada serangan daripada pesawat udara pihak zi0ni$. Mereka akan datang ke pusat agihan bantuan dengan membawa senjata api untuk mengugut sesiapa yang menghalang mereka untuk mencuri dan merampas sebanyak mungkin bantuan yang diberikan.

Namun, apabila tibanya rejim zi0ni$, mereka akan bertempiaran lari seolah – olah mereka juga adalah mangsa. Inilah sifat mereka, pengkhianat yang bacul dan munafik! Ini kerana mereka melakukan khianat kepada saudara seagama mereka dan merupakan perbuatan tercela dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:

“Tanda kemunafikan ada tiga, apabila bercerita ia berdusta, apabila berjanji ia tidak menepatinya dan apabila diberi amanah ia berkhianat.” (HR Bukhari).

Golongan munafik ini telah melakukan banyak jenayah termasuk menyebarkan fitnah Sayyidatina Aisyah RA, mengkhianati Rasulullah SAW dalam perang Uhud dengan menarik diri bersama 300 orang lagi tentera, menghasut orang ramai supaya tidak menyertai perang Tabuk dan pelbagai lagi. Sungguh tidak berperimanusiaan dan menjijikkan! Golongan pengkhianat ini sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan diri serta agama kerana mahukan kedudukan peribadi yang lebih baik. Sejarah mengajar manusia bagaimana golongan atau individu yang berusaha mencapai matlamatnya secara tidak jujur ini telah mengkhianati bangsa, agama dan negaranya sendiri. Golongan ini menjadi ‘duri dalam daging’ dan berusaha sehabis tenaga walaupun sedar tindakan yang diambil itu adalah paling tidak beretika.

Maka dari itu, marilah kita sama – sama meneguhkan pendirian kita dalam membela kebenaran, memberi kekuatan kepada saudara-saudara kita di bumi P@l3st!n dan menerima segala amal kecil dan besar dalam perjuangan ini sebagai bukti cinta kita kepada agama dan umat. Firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui.” (QS An – Anfal: 27).

Sumber: Facebook Aqsa Syarif


Comments