KESESATAN TAREKAT SYATTARIYYAH!!! USAHA TERPEDAYA AMALAN TAREKAT GENG KONOHA YANG BERTENTANGAN DENGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH




Isu-isu tarekat dan pelbagai hal berkaitannya sentiasa menjadi perbincangan hangat di pelbagai medium komunikasi. Perkara utama yang menjadi persoalan adalah sama ada amalan-amalan ibadah yang diamalkan oleh sesebuah kumpulan tarekat itu adakah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang diamalkan di Malaysia ataupun boleh dikategorikan sebagai ajaran sesat? 

Secara umumnya, amalan tarekat itu tidak salah kerana makna tarekat itu sendiri adalah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Tarekat ini merangkumi soal akidah, ibadah, akhlak dan hendaklah diamalkan sebagaimana tarekat yang diikuti oleh Rasulullah SAW sebagaimana yang diajarkan kepada Baginda oleh Allah SWT melalui Malaikat Jibril. 

Namun kini terdapat terlalu banyak ajaran tarekat yang mempunyai amalan –amalan tertentu dan tersendiri atas tujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Jika tersalah caranya maka ia boleh dikategorikan sebagai sesat. Contohnya, tular di sosial media berkenaan sekumpulan jemaah wanita bertelekong dan menutupi muka dengan sehelai kain putih yang panjang ketika melakukan ibadah solat. Kumpulan tersebut dianggap sebagai Kumpulan Tarekat Syattariyah yang berasal daripada Pantai Barat Aceh, berdasarkan amalan-amalan yang dikatakan menyerupai kumpulan tersebut.

Ajaran kesufian dan kerohanian adalah bentuk yang paling banyak disalahgunakan. Secara khususnya, ia banyak berlaku menerusi amalan tarekat tasawuf yang mengamalkan amalan-amalan yang boleh membawa kepada kesyirikan dan amalan yang bertentangan dengan syariat. Jelasnya, amalan sebagaimana di dalam video tular itu ternyata bertentangan dengan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka jika tidak dibendung atau diberikan pendedahan, dikhuatiri boleh mendatangkan kekeliruan dan kesesatan khususnya terhadap akidah umat Islam di Malaysia.    

Justeru itu, berhati-hatilah dalam menerima sebarang ajaran tanpa menyelidik terlebih dahulu pucuk pangkalnya. Berpegang teguhlah pada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana sudah pasti pegangan ini adalah benar kerana bersumberkan dua perkara utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Janganlah ambil jalan pintas dalam beribadah untuk mendapat jaminan syurga, sedangkan jalan tersebut penuh dengan kesyirikan, khurafat dan melanggar syariat Allah SWT. 

Sumber: https://www.facebook.com/reel/2901145740062966, Irsyad al-Fatwa ke-28 - Mufti Wilayah Persekutuan, Jurnal Substantia, Vol.11(1)- Universiti Islam Negeri ar-Raniry, Indonesia

Comments