MARILAH PERBANYAKKAN AMALAN DI 10 AWAL ZULHIJJAH


Bulan Zulhijjah baru sahaja menjengah beberapa hari yang lalu. Sekiranya di 10 awal Zulhijjah para jemaah haji sedang melakukan ibadah wukuf di Arafah, kita sebagai umat Islam di negara ini, janganlah ketinggalan untuk melakukan amalan – amalan sunat yang digalakkan. Daripada Abu Sa’id al – Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa Nabi SAW bersabda ketika haji wada’ dalam khutbahnya pada hari raya korban, “Ingatlah, sesungguhnya semulia – mulia hari ialah hari kamu ini (Arafah). Ingatlah, sesungguhnya semulia – mulia bulan ialah bulan kamu ini (Zulhijjah). Ingatlah, sesungguhnya semulia – mulia tempat ialah tempat kamu ini (Makkah).” (HR Ibnu Majah).

Antara amalan yang boleh dilakukan sepanjang 10 awal Zulhijjah ini adalah:

1) Berpuasa sunat.
2) Qiamullail.
3) Memperbanyakkan solat sunat.
4) Berbuat baik kepada ibu bapa.
5) Memperbanyakkan bacaan al – Quran.
6) Bertutur tentang perkara yang baik.
7) Membantu orang susah.
8) Memperbanyakkan zikir.

Saat Zulhijjah mendekat, pintu langit mula terbuka. Doa – doa akan diangkat kepada Allah SWT tanpa hijab, amal – amal diganda tanpa syarat. Maka dari itu, marilah kita mengejar pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya. 10 awal Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amalan dan kebajikan untuk bekalan di akhirat kelak.

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


 

Comments