PEGANGAN SYIAH PADA AL-QURAN FATIMAH JELAS TERPESONG DARI ISLAM

 


Dalam satu kitab yang ditulis oleh Imam Besar Syiah (Imam Khomeini) iaitu Kitab Kasyf al-Asrar, telah menunjukkan banyak buah fikirannya yang menyeleweng daripada  fahaman yang diyakini oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Antaranya adalah fahaman Syiah yang mendakwa bahawa Saidatina Fatimah, anak Baginda Rasulullah SAW menerima wahyu. Dalam hadis yang dipegang oleh pengikut Syiah menyatakan bahawa: “Selepas Baginda wafat, Malaikat Jibril datang kepada Siti Fatimah membawa beberapa berita ghaib dan Amirul Mukminin (Ali) menjalankan tugas menulis berita ghaib itu dan itulah dia Mushaf Fatimah. (Kasyf al-Asr, hal: 143).

Perkara ini amat bercanggah dengan fahaman ASWJ kerana menurut fahaman ASWJ, penerima wahyu Allah SWT hanyalah terdiri daripada kalangan para Nabi dan Rasul sahaja. Anak-anak para Rasul tidak pernah menerima wahyu kecuali jika dia menjadi Nabi seperti Nabi Sulaiman iaitu anak Nabi Daud.

Selain itu, imam-imam Syiah juga mendakwa bahawa al-Quran Mushaf Uthman yang ada sekarang telah diubah dan dikurangkan beberapa ayat oleh Saidina Uthman. Manakala mushaf yang tidak diubah ialah Mushaf Fatimah atau al-Quran Fatimah.

Realitinya, sekiranya kita melihat dakwaan Syiah bahawa Mushaf Fatimah kononnya betul, namun mengapa sehingga sekarang Syiah masih menyembunyikannya dan tidak pernah mengeluarkannya untuk bacaan umum? Apakah Syiah menunggu kemunculan Imam Mahdi untuk keluar? Namun, menurut keyakinan Syiah pula Imam Mahdi mereka menggunakan kitab Nabi Daud. Oleh itu, bila pula mahu menggunakan Mushaf Fatimah?

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa perkara ini hanyalah satu dakyah dan pembohongan Syiah semata-mata. Al-Quran Mushaf Fatimah dan Imam Mahdi mereka sebenarnya memang tidak pernah wujud. Maka, usah terpedaya dengan ideologi Syiah dan usah keliru kerana mereka sememangnya bukan sebahagian daripada Islam. 

Sumber: Buku 'Syi’ah Komplot Tawan Dunia' oleh Syeikh Abu Muhammad Musanna.


Comments