SEKAT KITAB-KITAB SYIAH TANPA KOMPROMI!!! BAKAL MENGANCAM AKIDAH DAN KESELAMATAN NEGARA

 


Syiah adalah sebuah ajaran yang menyeleweng dan sesat akidahnya daripada Islam. Ianya telah difatwakan haram semenjak tahun 1996 lagi. Tidak ada sebarang kompromi untuk menarik balik fatwa mengenai pengharaman ajaran Syiah di negara ini kerana ia tidak silap, malah ulama terdahulu seperti Imam Malik, Imam al-Qurtubi, Imam al-Bukhari dan Imam al-Ghazali sudah terlebih awal menfatwakan golongan Syiah itu terkeluar daripada ajaran Islam sebenar.

Ajaran Syiah yang disebarkan melalui pengajian kitab-kitab mereka memang akan menyesatkan umat Islam kerana ia bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sebagai contoh, di dalam kitab ‘Fashlul Khitab fi Tahrir Kitabi Rabbil Arbab’ iaitu sebuah kitab yang menjadi rujukan golongan Syiah. Kandungannya menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang telah diselewengkan. Oleh sebab itu, golongan tersebut mendakwa bahawa fatwa pengharaman Syiah itu adalah satu tindakan yang salah. Dakwaannya mereka menerima al-Quran sebagai wahyu dan beriman dengan Allah SWT. Namun, apabila mereka menafikan al-Quran yang ada sekarang (Mushaf Uthmani) kerana dikatakan tidak lengkap, disembunyikan sebahagiannya oleh para sahabat dan al-Quran yang ada pada mereka sahaja yang lengkap (Mushaf Fatimah), itu sudah menjelaskan tentang kesesatan mereka.

Malah di dalam kitab-kitab rujukan Syiah yang lain seperti ‘Ikmal ad-Din’ menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mempercayai Imam ghaib adalah seorang yang lebih kafir daripada iblis. Bahkan dalam kitab ‘Biharul Anwar’ pula mengatakan halal darah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang membawa maksud boleh diperangi.

Justeru itu, penyebaran kitab-kitab fahaman Syiah perlulah disekat sepenuhnya tanpa kompromi sebelum ideologinya subur kembali di dalam masyarakat. Fahaman Syiah ini sekiranya berleluasa akan menyebabkan umat Islam berpecah-belah, terkeliru akidah dan kecenderungan untuk terpesong dari ajaran Islam yang sebenar adalah tinggi. Perkara ini jika tidak dibendung bakal memberi ancaman bukan sahaja pada akidah umat Islam, malah boleh menyebabkan berlakunya ancaman keselamatan dalam negara

Sumber: Berita Harian


Comments