TIDAK SALAH SOKONG IRAN, NAMUN SALAH TERPALIT IDEOLOGI SYIAH

 

Konflik Iran-Israel telah menyebabkan terhenti sementara serangan Israel pada Gaza. Pada masa yang sama umat Islam berasa gembira kerana ada kuasa besar seperti Iran yang berani untuk membalas serangan Israel dengan serangan balas yang sama serangan Israel terhadap Iran. Akibatnya banyak aset kedua-dua negara tersebut musnah akibat letupan bom nuklear tanpa henti selama 12 hari setakat artikel ini ditulis.

Disebabkan Iran mengisytiharkan negaranya sebagi negara Islam, maka kejayaan yang dicapai Iran terhadap Israel ini telah mendapat sokongan umat Islam di seluruh dunia. Namun, satu perihal yang penulis ingin perincikan adalah pegangan akidah yang dianuti oleh Iran adalah Syiah. Syiah bukanlah sebahagian daripada mazhab-mazhab Islam, malah ideologi Syiah sudah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar sehingga di Malaysia telah memfatwakan sesat pada mana-mana individu yang mengamalkan ideologi Syiah.

Jika diimbas semula, kejayaan revolusi Iran pada tahun 1979 yang diketuai Imam Besar Syiah, Khomeini, menumbangkan kepimpinan diktator Shah Iran, telah menyebabkan Malaysia menjadikan Iran sebagai ‘role model’. Anak-anak muda dihantar belajar ke Iran, para pensyarah, pendakwah-pendakwah semuanya terbang ke Iran demi mendalami ilmu agama, termasuk barisan kepimpinan negara turut menjalankan urusan diplomatik bersama Iran dengan membenarkan kemasukan ‘syeikh-syeikh Syiah’ memberi ceramah di dalam negara. 

Akibatnya kelompok-kelompok tersebut telah membawa pulang ideologi Syiah dan menyebarkannya dalam masyarakat sehingga wujudnya markas-markas Syiah di seluruh negara. Ideologi Syiah yang tersebar telah menyebabkan berlakunya pertembungan keganasan dengan masyarakat Islam di Malaysia yang memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sehingga mengakibatkan ancaman keselamatan berskala besar pada ketika itu. 

Apa yang ingin disimpulkan penulis, adalah tidak salah untuk memberikan sokongan terhadap Iran yang memerangi musuh yang sama seterunya dengan musuh Islam iaitu para Zionis Israel laknatullah. Sokongan penuh akan diberikan pada Iran kerana tindakan Iran terhadap pengganas Israel ini turut menghentikan penderitaan saudara Islam kita di Gaza. Namun, ianya akan menjadi kesalahan apabila ideologi Syiahnya jua turut disokong dan diserap menjadi amalan kerana ia jelas bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.  

Oleh sebab itu, amat penting untuk mengetahui sejarah supaya tidak sembarangan untuk diikuti lebih-lebih lagi berkaitan dengan agama dan pegangan akidah. Justeru itu, untuk situasi hari ini, sokong pada tindakannya, bukan pada ideologinya.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- 25 JUN 2025dan astroawani.com – 25 JUN 2025


Comments