WASPADA PAGE 'BERITA AKHIR ZAMAN'!!! MENDOKONG IDEOLOGI AJARAN SESAT PERJALANAN MIMPI YANG TERAKHIR

 


Ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), bukanlah sebuah ajaran sesat yang baru. Malah ajaran yang diasaskan oleh Sittah an-Nur telah difatwakan sesat dan beliau sendiri telah mengisytiharkan taubat istitabah iaitu taubat yang sebenar-benar taubat dan menyesal dengan perbuatannya secara terbuka di hadapan Mufti Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Namun, konflik politik yang berlaku antara kuasa-kuasa besar dunia pada ketika ini telah menyebabkan sebuah page di Facebook, page ‘Berita Akhir Zaman’, yang menganggap Perjalanan Mimpi Sittah an-Nur adalah benar. Hantaran admin page pada 22 JUN 2025 berbunyi: 
“Banyak perkara yang ditulis di BAZ &PMYT jadi nyata minggu ini. Tenang, simpan cash, guna online, isi minyak, dan stok makanan. Kuatkan qalbu”.
 
Jika diimbas semula, Sittah penah menyatakan bahawa dia bermimipi akan tercetusnya peperangan besar dan semua umat Islam perlu menyediakan peralatan lengkap seperti peralatan memburu, cangkul dan bekalan makanan sebagai persediaan membantu ketenteraan Imam Mahdi suatu hari nanti. Bahkan, beliau telah membuat perancangan ala tentera membabitkan pergerakan ke 29 lokasi sulit di seluruh negara sebaik berlakunya serangan. 

Sedangkan telah jelas termaktub di dalam al-Quran tanda-tanda akhir zaman dan setiap ayat-ayatnya adalah benar belaka. Maka mengapa perlu dihairankan kata-kata Sittah an-Nur, sedangkan semenjak 1444H dahulu telah didedahkan perkara ini. Hanya mereka yang jahil, tidak menuntut ilmu mahupun tidak mengkaji al-Quran terlalu mudah terpedaya dengan kata-kata seseorang yang tidak muktabar. 

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- JUN 2025


Comments