ISR43L TUDUH IRAN KEJAM PERANGAI ZI0NI$ IBARAT MELUDAH KE LANGIT, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI


Barangkali inilah saat yang ditunggu – tunggu oleh semua pihak apabila negara Iran melancarkan serangan balas ke atas Isr43l. Serangan yang merosakkan banyak harta benda, perkhidmatan asas dan sebagainya itu memberi impak yang besar ke atas negara haram tersebut. Namun, perkara melucukan adalah bila mana barisan Menteri negara haram tersebut menyelar tindakan Iran dan menuduh negara tersebut adalah penjenayah perang yang menyasarkan hospital kanak – kanak.

Mungkin pada waktu ini para Menteri Isr43l mengalami penyakit Amnesia yang menyebabkan mereka lupa apa yang mereka buat pada penduduk G@z@ sejak Oktober 2023. Lupakah mereka bahawa sejak serangan dimulakan pada 7 Oktober 2023 hingga kini, Isr43l telah memusnahkan hampir 94 peratus hospital di G@z@ hingga menyebabkan sistem kesihatan lumpuh secara total? Jumlah kematian setakat yang dilaporkan pada 6 Jun lalu telah mencecah 54,677 orang dan mengakibatkan 125,530 individu cedera? Apalah yang hendak dibandingkan dengan jumlah kematian warga zi0ni$ yang sekadar 28 – 29 orang? Siapa yang lebih kejam? 

Perangai zi0ni$ ini ibarat meludah ke langit, kena batang hidung sendiri! Inilah sifat sebenar zi0ni$, selalu ‘play victim’ dan baling batu sembunyi tangan. Bahkan, di dalam al – Quran juga sudah dinyatakan sifat sebenar mereka. Firman Allah SWT:

"Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Demikian itu disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat Allah (perintah dan mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya) dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa menceroboh." (QS Al – Baqarah: 61).

Antara sifat buruk orang Yahudi (zi0ni$) juga ialah suka menggunakan helah untuk melanggar hukum yang disyariatkan kepada mereka. Daripada 'Umar bin al-Khattab RA bahawa Nabi SAW bersabda:

"Semoga Allah melaknat orang Yahudi. Setelah diharamkan ke atas mereka lemak haiwan, maka mereka telah mengolahnya (dengan mencairkannya), lalu menjualnya." (HR Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas, kita dapat mengaitkan sifat golongan terlaknat ini apabila sering mencabuli perjanjian gencatan senjata dan sengaja mencipta helah dengan memfitnah penduduk G@z@ yang memulakannya terlebih dahulu. Walhal, itu semua adalah rekaan mereka semata – mata. Maka jelaslah, golongan ini tidak boleh diberikan peluang dan ruang. Jika tidak mereka akan mengambil kesempatan seperti yang berlaku baru – baru ini.

Sebagai Muslim, wajib bagi kita untuk memerangi musuh Allah yang paling laknat ini. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak akan tiba hari Kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sehingga orang Yahudi akan bersembunyi di balik batu dan pohon.” (HR Muslim).

Ayuh umat Islam! Bangkit dan pertahankanlah “rumah” kita dari serangan musuh Allah SWT ini. Walaupun tidak turun padang untuk berperang, tetapi kita mempunyai senjata yang paling ampuh untuk menentang, iaitu doa.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


 

Comments