Ketika ini tular satu video yang dimuatnaik di laman aplikasi TikTok tentang isu yang dikaitkan antara seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Cikgu Shari dan juga seorang remaja perempuan yang bernama Bella bersama - sama bekas majikannya.
Walaupun isu ini sudah dianggap selesai dengan kedua - dua belah pihak sudah memberikan keterangan di pihak masing - masing, namun artikel ingin mengambil peluang untuk menasihati semua khususnya umat Islam tentang pentingnya untuk tidak saling mendengki dan percaya pada rezeki Allah SWT. Firman Allah SWT:
"Dan tiadalah sesuatupun dari yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya." (QS Al - Hud: 6).
Seharusnya dalam hal ini, kita sebagai umat Islam wajib mempercayai bahawa setiap rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah SWT. Tidak ada gunanya jika kita mendengki kerana ianya akan menambahkan kemurkaan Allah SWT. Umat Islam itu seharusnya bersatu dan bukannya berpecah belah, apa lagi berpecah - belah disebabkan imbuhan yang tidak seberapa. Sabda Rasulullah SAW:
"Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah marah-memarahi, janganlah tambah-menambah pada jual-beli dan janganlah belakang membelakangi serta janganlah mengumpul satu sama lain. Kamu semua adalah hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari dan Muslim).
Percayalah dengan rezeki Allah SWT kerana Dia Maha Kaya dan Maha Pemberi Rezeki yang tidak terhingga. Boleh jadi kerana suatu asbab itu maka kita memperoleh ganjaran yang lebih baik daripada Allah SWT asalkan tidak mendengki di antara satu sama lain.
Sumber: Facebook Dr. Ahmad Sanusi
Comments
Post a Comment