MALAYSIA KONSISTEN SOKONG PERJUANGAN IRAN MENENTANG ZIONIS ISRAEL, NAMUN TEGAS MENOLAK IDEOLOGI SESAT SYIAH

 

 
Ayatollah Syed Ali Khomeini, Pemimpin Agung Iran, menyeru kepada seluruh negara Islam supaya tidak memberi ruang untuk mengadakan rundingan atau bersikap neutral terhadap kekejaman Zionis Israel termasuk normalisasi hubungan, menyekat kemasukan bantuan ke Palestin atau melakukan justifikasi ke atas jenayah yang dilakukan oleh Israel.

Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, sangat bersetuju dengan kenyataan itu dan perkara ini telah diamalkan sejak sekian lama. Semenjak dahulu lagi Malaysia mengutuk serangan jenayah genosid Israel, tidak berkompromi dengan tindakan keganasan Israel terhadap umat Islam di Palestin dengan mengadakan pelbagai kerjasama dengan negara-negara Islam seperti dengan pihak Organisation of Islamic Cooperation (OIC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), demonstrasi jalanan, sekatan urusan diplomatik dengan Israel dan sebagainya sebagai tanda protes.

Inilah antara usaha-usaha kecil Malaysia dalam berjihad menentang keganasan yahudi laknatullah. Namun, pada masa yang sama juga, umat Islam di Malaysia diingatkan supaya tidak terikut dengan ideologi keagamaan yang di bawa oleh Khomeini yang berpegang kepada fahaman Syiah. Umat Islam perlu sentiasa ingat bahawa fahaman Syiah bukanlah sebahagian daripada mazhab Islam. Ideologi Syiah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dari segi penampilan, Syiah nampak seperti orang Islam, tetapi jangan terkeliru dan terpedaya kerana pegangan akidahnya adalah sesat.

Justeru itu, umat Islam di Malaysia khususnya perlu tahu bagaimana hendak membataskan diri untuk menyokong sesuatu perjuangan. Tidak salah untuk menyokong Iran, tetapi jangan terikut ideologinya yang berpegang kepada Syiah kerana jelasnya akidah yang dipegang Syiah bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak salah untuk memberi bantuan walau sekecil-kecil bantuan seperti rundingan atau hanya memanjatkan doa kerana jihad di jalan Allah SWT itu bukan hanya semata mengangkat senjata untuk berperang. Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- JUN 2025 dan astroawani.com – 04 JUN 2025


Comments