MENGHURU – HARAKAN KEADAAN BUKANLAH JALAN PENYELESAIAN : PELIHARALAH KEAMANAN YANG MENJADI NADI KESEJAHTERAAN NEGARA

 


Keadaan negara sejak kebelakangan ini sangat membimbangkan. Di mana – mana ada sahaja berlaku kekacauan yang sengaja dicipta oleh pihak – pihak tidak bertanggungjawab untuk menakut – nakutkan masyarakat di negara ini. Demonstrasi yang tidak berkesudahan, sengaja dilakukan konon atas alasan hak kebebasan bersuara. Apa yang mereka tidak tahu, keadaan ini akan mendatangkan kerugian kepada pembangunan dan ekonomi negara membangun seperti Malaysia.

Allah SWT sangat tidak menyukai hambaNya yang sengaja menimbulkan kekacauan. Seharusnya semua permasalahan diselesaikan dengan cara damai tanpa ada sebarang kekacauan. Menurut laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2025, Malaysia berada pada kedudukan ke-13 dunia dan ke-2 paling aman dalam kalangan negara ASEAN. Jadi, kedudukan istimewa sebegini seharusnya disyukuri dengan kita semua sentiasa berusaha memelihara dan menjaga keamanan dan keharmonian dengan sebaiknya.

Islam itu agama kedamaian. Prinsip ini ditegaskan berkali-kali dalamal-Quran dan Sunnah, membuktikan bahawa Islam tidak pernahmenggalakkansebarang kekerasan atau permusuhan, melainkan apabilakeamananitudicabuli atau diancam. Allah SWT juga mengingatkan kita bahawanikmatkeamanan bukanlah sesuatu yang kekal jika kita tidak mensyukurinya. Firman Allah SWT:

“Dan (bagi kaum yang kufur ingkar) Allah telah membuat suatu perumpamaan (dengan) sebuah negeri yang dahulunya aman lagi tenteram, rezeki datang kepadanya melimpah-ruah daripada segenap tempat, tetapi penduduknya mengingkari nikmat-nikmat Allah, kerana itu Allah merasakan kepada mereka kelaparan dan ketakutan disebabkan apa-apa yang selalu dilakukan oleh mereka.” (QS An – Nahl: 112).

Dalam Islam, prinsip keamanan telah diajarkan daripada sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara dan ini termasuklah di dalam konteks kedamaian dan keamanan kepada negara. Tidakkah kita sayang kepada negara kita? Tidak mahukah kita hidup dalam keadaan yang aman? Kita hidup dalam negara yang berpelembagaan dan mempunyai undang – undang. 

Maka dari itu, semua rakyat diseru untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang digubal berasaskan prinsip kebenaran, keadilan,dan kemaslahatan sejagat. Sayangilah dan peliharalah keamanan negara kerana ia nadi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


Comments